There was an error in this gadget

Hari sengal

Tuesday, May 26, 2009

Hari tak sengal. Orang yg sengal.

1. Pi PO nak pos beberapa parcel tp semua tak diterima. SEMUA okeh. Alasan dia suruh balut dulu kotaknya. Selama ni orang pos kat aku tak kisah balut kotaknya sampai jugak. Ni kali ke-2 aku terkena dengan pompuan ni. Last time dia sanggup ni suruh aku pi beli tali ngan pisau. Soh ikat kotak yang aku nak pos tu. Dahle panas terik. Aku ngan anak aku yg merengek2. Dahla dah menunggu no giliran tu sikit punya lama. Aku pelik ngan pompuan ni. Apa la dia jaki sangat kat aku. Aku rasa mesti sebab aku pakai Munawwarah. Ok, tu fakta tak berkaitan.

Haritu beriyer okeh dia soh aku pi beli tali utk ikat kotak tu. Arini aku dah siap ikat bagai, dia soh aku balut pulak. Adoiiiiiiiiiiiiii. Pastu bila aku nak beli POSPAK ke kajadah tu, cepat je dia jawab "dah abis". Mula la aku nak menyinga kat Naufal. Biasala. Orang lain punyer pasal, tetap la anak yg menjadi mangsa. Tak ke bad mom tu Fazid? Ngeeeeeeeeeeeeee.

Punca Naufal merengek adalah tak dapat tekan no queue tu. So aku bagi peluang jugak dia tekan sebab malas nak dengar dia merengek pepanjang. Takut aku hilang sabo, aku tinggal je kat PO tu. Uish, macam tergamak la sangat nak tinggal buah hati aku tu kan.

Memula pas Naufal dah amik no tu nak blah je cecepat sebelum turn sampai tapi tetiba terfikir nak pos pakai PosEkspress je. Bila turn sampai, terkena lagi kat kaunter pompuan nih. Apa la malang sangat nasib. Aku pun cakap la kan "nak PosEkspress yg paling beso 2". Dia bley buat muka tak puas hati pastu tanya aku nak pos apa. Ek elehhhhhhhhhh, macam la aku nak pos barang bagi kat ko pun yg ko sibuk sangat tu. Tu aku cakap dalam hati je la.

Aku xtau apa masalah pompuan ni sebab semua orang yg berurusan ngan dia keje REJECT. Lepas aku, ada budak pompuan Indian 2 orang nak PosLaju pun tak bley gak. Sudahnya membebel2 la tak puas hati budak 2 orang tu pastu terus blah.

Mungkin dia cuma jalankan tugas tp aku tetap nyampah. Nasib mood aku baik maka xde la sesi suara singa betina berkumandang.


2. Balik dari PO, Naufal mintak kuih pisang (jejemput pisang), masa beli tu aku belikan la utk diri aku skali pisang goreng sehengget. Balik umah pisang gorengnya sejuk siap cam katak (bak kata bapak aku). Dahle belum mkn apa 1 hari. Potong stim betol. Nasib ada stok sambal kicap aku yg mabeles dlm fridge. Boleh la telan sket. Camne beli goreng pisang kol 3.00 petang bley sejuk siap makcik oii. Bila ko goreng? Semalam? Haihh.


3. Dah 2 minggu okeh aku menunggu sesuatu. Hari2 aku pasang telinga dengar motor abang posmen. Hari2 dia lalu tapi tak singgah umah aku. Kejadah?? Lenkali klau taknak singgah, jangan lalu boley tak? Aku pancitkan motor ko nak? Eeeiiiii. Geram betol!


4. Ni nak tanya. Kreatif ke bengap iklan Fabermax tu? Taik dok dalam jail. Aku rasa nak lepuk je saper yg punya idea wat iklan tu. Loya tekak aku tengah nak makan tetiba kuar iklan bedebah tu okeh. Haishhh.


Mo0d aku arini macam nak karate je orang2 yg sengal pastu aku nak kunyah daging diorang. Boley?


Sekian bebelan diselangi perenggan 2 baris (apa ko bebel setan?). Semoga berjumpa di lain waktu. Salam sayang teramat sayang di angin lalu. Hakkk ptuih.


Chiow.



0 remarks: