Kasih sayang seorang ibu.

Thursday, May 14, 2009

Walaupun aku bukan seorang ibu yg baik, tapi aku sayang Naufal melampaui segala apa yang ada di dunia ini. Lepas jadi ibu, baru aku tau yg aku sanggup lakukan apa saja untuk anak aku. Aku yakin, most of all you mommies out there pun sama.

Antara perkara2 yang pernah aku buat untuk dia (walaupun xseberapa) adalah:

1. Ada skali dia cuba capai kettle yg baru je mendidih airnya dari atas dining table. Bila aku nampak, aku terus berlari and tolak dia ke tepi. Air panas tu jatuh atas aku. Aku xrasa marah sebab rasa bersyukur yang dia selamat dr curahan air panas tu melebihi segala-galanya.
Kettle tu ada atas tu sbb aku tengah nak bancuh air tetiba telefon berbunyi. Walaupun mungkin u readers out there nak salahkan aku but frankly, aku tak menyesal sbb things happen for a reason. Sebab dr situlah aku mula jd org yg terlebih berhati2.

2. Ada skali waktu kitorang nak dinner kat 1 kedai makan ni, masa tu orang sgt crowded. Aku baru beli latte dr Starbucks setelah lama mengidam. Masa turun nak pi makan, aku bawak skali air tu. Papa Naufal masa tu jalan depan then Naufal follow belakang dia. Aku yg last. Tetiba masa tengah jalan, kaki Naufal terpeleot and dia nak jatuh tersembam. Kerana nak sambut dia aku lepaskan air tu bersepai atas lantai. Sume tengok aku ngan muka yg mcm2 ekspresi. Ada yg menyampah. Maybe fikir aku eksen bawak Starbucks. Yang penting pd aku masa tu adalah anak aku. Lain2 blakang kira.

3. Yang ni jadi semalam masa pergi pasaraya. Pasal anjing yg cuba dekati Naufal. Aku yg memang takut anjing ni sanggup berlari nak sepak anjing tu. Luckily budak India tu senggol aku ke tepi dan dia yg sepak. Aku tak fikir dah aku kene gigit ke apa. Biar aku yg kena gigit dr anak aku.

Banyak la lagi. Itu cuma sekadar apa yg aku ingat. Walaupun xseberapa nak dibandingkan orang lain yg mungkin telah menggadaikan nyawa untuk anak mereka tapi aku rasa ianya cukup terkesan pada aku.

Bila direnung balik, seorang ibu sanggup lakukan apa je untuk anak dia regardless herself. Benda2 macam ni la buat kita lebih hargai ibu kita sebab kita mula lalui apa yg diorang lalui dulu.

Semoga anak2 kita membesar menjadi manusia yg berguna dan mengenang jasa.

Teringat kata2 orang 'menjaga sekandang lembu/kambing adalah lebih mudah dr menjaga seorang anak'. Klau tanya aku betul ke x statement tu maka jawapan aku adalah "mana aku tau sebab aku tak pernah jaga seekor kambing/lembu, apa lagi sekandang, haihh".

Moral of this entry adalah sila siapkan kerja anda terlebih dahulu tanpa sibukkan nak angkat telefon, jangan sibuk2 nak bawak Starbucks time pegi makan dan sentiasa bawak payung untuk bantai stray dogs :P.

Care to share your experience(s) sacrificing anything for your loved ones?

Chiow.




0 remarks: