There was an error in this gadget

Bila dah takde kerja

Tuesday, June 16, 2009

Banyak punya takde kerja. Yang sebetulnya, bila buat-buat takde kerja. Aku pun pi geledah almari, try balik baju-baju lama. One of it adalah baju (sepatutnya) nikah. Yang tak patutnya, aku gatal sewa baju lain untuk nikah walaupun baju sebenarnya dah siap sepasang. Bila aku tukar, laki aku pun kena lah tukar jugak. Ok, dah mula melalut.

Apa aku nak cakap, AKU MUAT LAGI OKEH BAJU TU. Bangga kejap. Gambar? Tak payah! Sebab aku tengok macam pokok balak yang dipakaikan baju lacey-lacey bagai. Tengok dari depan tebal tu, dari tepi pun tebal itu lah jugak. Haihh.

Setelah 4 tahun meninggalkan baju kebaya (sejak kahwin), tetiba teringin pulak nak buat baju kebaya untuk raya tahun ni. Tak kisah la orang nak cakap tak sedar diri pun. Nak jugak!. Nampaknya kena cari kain lain lah sebab kain-kain yang dah ada semua telah diniatkan untuk dibuat baju selian kebaya, boley? Hajat di hati nak cari kain yang ala-ala Indon tu. Tak kisah la out dated pun sebab aku memang bukan jenis manusia yang ikut trend pun.

Speaking about trend, masa memilih kain untuk di buat baju raya hari tu, banyak aku tengok corak kain yang Pucci-esq. Masa tengok orang jual online, aku memang nak sangat beli kain2 macam tu. Tapi bila diri sendiri try, rasa macam Lollipop okeh, so kensel!

Agak-agak kalau beli kain, ada lagi ke kedai nak amik tempahan. 3 tailor biasa aku semua dah tak mau. Yang beli baru ni pun AKU PAKSA salah sorang tailor (which is my own sister) ambik walaupun dia dah sound siang-siang tempahan dah di tutup. Tak kira, nak hantar jugak! Kalau tak alamatnya aku raya pakai t-shirt je la kak.

Ok, nak surf 'sesuatu' pulak.

Chiow ;).

0 remarks: