Busy mode is ON

Wednesday, June 17, 2009

Aku menerima khabar bahawa orang jauh bakal melawat tidak lama lagi.

Maka bermulalah episod busy mengemas rumah. Masalah aku adalah, setiap kali di khabarkan bakal menerima tetamu tak di undang maka bermulalah kerja tak berfaedah mengemas dan merombak KESELURUHAN RUMAH. Yes, you heard me right, satu rumah okeh.

Pada sesiapa yang mengenali aku dengan rapat akan tau, aku memang tidak suka menerima tetamu. Tidak suka kerana aku tidak boleh membiarkan tetamu datang dalam keadaan rumah aku seperti keadaan sedia kala. Biasalah, budak sakit. Rumah kalau kebetulan dah kemas pun aku nak jugak kemas balik. Yang sini pindah sana, yang situ masuk stor. Bila sendiri penat, semua orang aku salakkan.

STORRRR!! Stor pun kene kemas nih sebelum taik telinga aku cair :P.

Tu baru bab kemas. Belum lagi fikir menu-menu yang bakal dihidangkan sementara tamu bertandang. Tempat tidurnya lagi. Waduhhhhhhhhhh. Tetamu yang ini memang sudah diketahui tidak suka makan makanan luar, maka kena lah bersedia.

The main thing that bugging me is, kerenah Naufal. Harap-harap he'll behave so I can do all the things as planned. Amin.

Ok, kerja menunggu, daaaaaaaaaaaaaaaa.

Chiow bebeh ;).


p/s: Pada yang berniat/berhajat nak melawat aku, kita jumpa kedai mamak je la yer :P.

0 remarks: