There was an error in this gadget

Kunjungan yang tak berhasil

Saturday, June 13, 2009

Hajaba:
Tudungnya lawa-lawa la jugak tapi bila aku try few tudungs, muka yang dah sedia meminggan sejak dok umah ni dah nampak macam dulang okeh. Koser. Awning dia pendek sontot camtu. Jadi tak cun (ala, macam la cun sangat ko tu). Macam nenek nenek si bongkok 3 pulak perasan aku. Tapi bila Akak aku pakai, ok la pulak kan, menyampah!

Ariani:
Lepas borong kain kat Jakel, masuk la Ariani pulak. Tengok promoter pakai tudung bling-bling alamak lawanyerrrrrr. Meleleh je air liur aku tengok. Kejap-kejap aku tengok promoter tu. Dah macam lesbo lah pulak. Skali colors yang dihajati (untuk matching ngan baju raya) semua takde.

SA tu bagitau aku boleh tempah. Aku pun meloncat la kegembiraan walaupun harganya agak pricey. RM170 untuk member price. Pilih punya pilih design batu, pilih pulak beberapa tudung, bila try tudungnya, ya amponnnnnnnnn. Muka dulang lagi!. Binawe betul. Terus aku kenselllll. Dulu awning panjang sangat. Sekarang sontot pulak macam Hajaba jugak. Apekah?

Bila keluar dari kedai, 1st thing yang Mr. Slurpee (yang tunggu kat luar kedai tu) tengok adalah tangan aku. Dia buat muka tak percaya okeh, tangan aku kosong. Aku balas dengan muka 'kenapa? tak percaya ke?'. Cheh.

Kesimpulannya, selamat poket aku atau poket laki aku tapi hati tetaplah tidak puas selagi tak dapat bebebebebeberapa helai tudung baru walaupun masih ada lagi stok tudung munawwarah masih dalam plastik dan bertag!

Chiow ;).

0 remarks: