There was an error in this gadget

Salah cakap

Friday, June 19, 2009

Petang semalam:
Masa nak beli kuih. Sekali ternampak kuih favorite (agaknya lah, sebab aku blur kuih berbungkus ni, xtau apa dalamnya) ada di jual, lalu tanpa segan silu,

Aku: Makcik, ni PETAI eh? (niat di hati nak tanya itu kuih apa sebab dia bersalut daun pisang)
Makcik penjual kuih: *muka blur*

Aku: Eh, TAPAI?
Makcik penjual kuih: *muka lagi blur*

Dalam hati makcik ni mesti dia cakap "budak ni sewel ke apa?"

Makcik penjual kuih: JONGKONG dik.
Aku: Heeeee, haaa JONGKONG.

Adoii.



Malam tadi:
Aku anta Naufal pergi klinik utk neb. Lepas tu budak ni sibuk la nak gi Jusco which is seberang klinik. Tahan suruh aku panjat jejantas okeh. Tak nak naik kereta, boley? Sudahnya, aku yang semput. Rasa macam aku plak nak mintak neb pastu.

Ok, cut the crap. Apa aku nak cakap adalah, Naufal sibuk sangat nak tengok air pancut (tapi tak pancut (geli plak aku word pancut-pancut ni, *bluek*) sebab dia replika orang pegang paip, ha, apa namanyer?) Pastu sekeliling orang batu tu adalah binatang-binatang batu yang lain. Tiba-tiba:

Naufal : Mama, ni apa ni? (soalan standard budak kecik ni, semua dia nak tanya 'ni apa ni')
Mama : FROG

Naufal : Ongg ongg...Mama, ni apa ni? (kan aku dah cakap, slagi tak habis semua dia tanya memang dia tak puas hati)
Mama : DUCK

Naufal : Quack quack (ngan gaya tangan terkepak-kepak). Mama, ni apa ni? (kannn????)
Mama : TESTIS

Naufal : Ooooo, tetis.

Pastu ada la sorang mamat ni dokong baby dia. Tengah tunggu wife dia bayar gamaknya kat kaunter Jusco. Dia pandang aku semacam. Lepas tu baru aku sedar okeh.

Mama : Eh naufal, sorry, it's TORTOISE.
Naufal : Ooooo TETIS.

Adoiiiiii. Mesti orang tu ingat aku gila seks. Haha.

The thing is, aku tau apa yang sepatutnya aku sebut tapi kenapa yang keluar dari mulut adalah benda lain?

Ada apa dalam otakku? :P

Chiow




0 remarks: