Sesi menyumbangkan suara yang sumbang

Wednesday, June 3, 2009

Ini adalah aktiviti biasa kami kala keboringan melanda. Dah jadi acara wajib setiap bulan. Dulu setiap minggu. Over tak?

Bakat terpendam ni baru lagi kami discover. Sebelum raya yang lepas. Tak sangka memang SUMBANG MAMBANG suara kami. Tapi saper nak kesah. Melalak melolong dalam bilik, bukan open air pun kan? Aku ni masih sedar diri lagi. Tak berani pulak nak test power kat majlis kahwin ke kat restaurant yang ada karaoke. Aku takut ada yang muntah darah tengah sesedap makan. Tak pun tercekik garfu. Tak pepasal aku dijadikan punca.

Ni pics 2 hari lepas. Dapat free coupon dr kawan Mr. Slurpee. 1st time datang sini. Diva KTV kat Tesco Extra Southern City. Best jugak lah. Selalu layan karaoke jamban je kat Giant sebelah rumah.

Korang jangan la cuba2 teringin nak dengar suara aku menyanyi. Aku bley kompom okeh, PECAH GEGENDANG TELINGA KORANG.

Nak sambung kerja sket, Chiow ;).

Skali baju sama color dengan dinding KTV daaa.


Pak aji jadi MC kat KTV. Baju melayu okeh :P

0 remarks: