There was an error in this gadget

Bila orang penat membebel

Tuesday, July 28, 2009

Aku kuar office pukul 1.00 tadi. Aku balik rumah. Tapi sekarang baru aku perasan sepanjang aku balik rumah tadi, takde sekali pun aku duduk (kecuali duduk tahyat awal dan tahyat akhir). Sampai kat rumah terus aku bukak tudung dan berperang kat dapur. Hasilnya (tanpa gambar) adalah kari daging, sambal yg aku xtau sambal apa namanya (sebab aku memang suka mencipta resepi bukan-bukan), pastu aku goreng tempe, goreng tauhu, goreng cendawan goreng tepung, buat sambal kicap, potong timun dan goreng ikan tongkol. Semua goreng-goreng. Minyak! Patut lah tak kurus kering kurus.

Siap aku masak lauk, aku masak nasi pulak and bancuh air oren and masuk fridge. Rajin kan aku? :P. Untung Mr. Slurpee dapat bini rajin cam aku (tetiba). Pastu aku semayang Zohor. Tak sempat mandi pun okeh. Ada bau masyam ke? then zasssssssssssssssssss aku masuk memecut kereta mini berkuasa kuda 850 itu masuk UTM balik.

Malangnya, kene tahan ngan pak guard celaka okeh. Sebab takde sticker. Adoiii. Appointment letter aku x pi collect lagi, maka kad pekerja and sticker kereta tak dapat nak buat.

Lepas kene tahan tu, dia (pak guard bedebah) suruh pi amik pas sementara. Punya la lama aku queue skali pak guard kat pondok pas tu suruh jalan je sebab aku pekerja, boley? Dahle aku dah lambat, jadi makin lambat. Takde hasil pulak tu.

Sampai kat faculty, 2 kali pusing takde parking walau seekor okeh. Adoiii. Yang kosong parking Dean je. Kang aku parking mau org tow kereta aku. Dean pakai kereta mini. Sesia kene gelak ngan student kang, haihhh. Ni jauh berdengek aku parking. Kalau balik lambat mau seriau nak lalu kat bawah pokok-pokok tu.

Pastu, selama aku kerja nih, bilik aku kat level 4 and lift rosak maka menapak ler aku hari-hari naik turun tangga. Aku dah start tak kisah pun sebab aku anggap itu exercise tapi yang sebenarnya adalah aku dah tak kuasa nak menyumpah. Dah habis dah perkataan sumpah seranah yang di cipta aku pakai, siap aku cipta sendiri pun ada. Sekali tadi dah naik tangga sampai level 2 lepas naik bukit yang tinggi tu tetiba aku gatal nak tekan lift. Ehhhh, OK lah pulak. Amin. Jangan marah-marah. Lif rosak ko marah, lif dah OK pun ko nak sumpah, kejadah?

Dah la. Penat dah orang yg penat ni membebel. Kurus puasa aku hari ni. Sekian.

Chiow.


0 remarks: