Carca marba

Wednesday, July 15, 2009

Da siap masak!

Ikan tenggiri jeruk goreng carca marba, Ayam masak hapa pun aku tak tau (sambal+ayam percik=ayam carca marba), kailan ikan masin+belacan carca marba and last but not least ayam goreng tepung carca marba.

Cepat masak boley aku menyambung perjuangan mengemas yang tak sudah-sudah ni.




Ini gambar anakanda Naufal yang baru menyambut ulang bulan ke 30 (mak ai, cam tua kebenor ko nak) yang senang cakap adalah 2 tahun setengah (6 bulan ye maksud 'setengah' pada siapa yang failed math :P) sedang berlari di atas katil sejurus sebelum dia nap tadi. Rambut dah menggerbang cam mop lantai. Nak cantas tak berkesempatan. Bila tanya "nak pegi gunting rambut tak?", laju je dia jawab "tak payah! dah gunting dah!".



Ni pulak adalah antara salah satu lebam yang terdapat pada aku. Ada bebebebeberapa keping tompok ketul ____________ (bangsat tul, apa penjodoh bilangan lebam? sila isi sendiri tempat kosong itu, sumpah aku tak tau!) lebam kat seluruh adan aku yang antaranya adalah di lengan, peha, dada (auuwww), tangan (tak sama ke dengan lengan?) dan beberapa lagi di tempat lain. Ini bukan lebam hasil love bite, harap maklum :P. Aku sendiri tak pasti dari mana datangnya. Mungkin gigitan cinta si Naufal bila dia suruh "mamaaaaaaaaaaa..nak shushu" pastu aku jawab "haaa?? apaaa?? nak tisu?". Takkan ada keliwon pelesit pulak kat umah aku ni kot. Saper plak yang minat kat aku ni (tiba-tiba).

Gambar memang sengaja ditukar ke mode greyscale. Motif pemberitahuan tidak diketahui :P.



Dahhhhhh. Sebelum aku merepek meraban baik aku pergi mengemas. Mr. Slurpee baru call . Ayat pertama dia "sudah-sudah la mengemas tuuuuu". Kalau saya tak kemas, abang nak tolong kemas ke bang?

Sekian bebelan orang yang penat menjadi seorang suri rumah tangga. Sila padankan muka dia.

Chiow.

0 remarks: