Kisah ringan berat badan & Kurus

Tuesday, July 28, 2009

Semalam aku buka puasa lepas isyak! Mukadimah yang langsung takde kene mengena dengan tajuk :P. Tapi tetap lah nak cakap. Aku tidak pernah mempercayai perlu segera berbuka tapi dengan cara mengorek hidung. Itu amalan paling bongok tak masuk akal pada aku sebab korek hidung bukanlah berbuka walaupun ianya membatalkan puasa. Jangan lah ada osetad ke osetazah serang aku pasal statement ni, mampos den.

Berbalik kepada tajuk, malam tadi aku berjaya menimbang berat badan yang memang berat ni. Penimbang memang musuh ketat aku semenjak aku gendon tapi aku gagahkan jua diri ini naik ke atas penimbang dan masukkan duit 20 sen. Hasilnya? Wallahh. Mak turun 3 kilos dek nons sekalian. Jangan jelez :P.

Aku sangat berharap penimbang tu tidak menipu kerana jauh di sudut hati aku memang aku tau yang penimbang itu jenis penimbang yang suka melihat orang yang menaiki dan memasukkan duit 20 sen ke dalam nya tersenyum gembira. Aku yakin penimbang itu menipu sebab Naufal pun turun 2 kilos. Apekah??? Kesimpulannya, samada berat anak aku yang turun sekilo atau berat aku yang turun sekilo. Ahhh persetankan. Aku tetap nak percaya turun 3 kilos.

Itu kisah bengong pertama. Kisah kedua adalah semasa mengemas sebelum kedatangan tetamu aku hari tu, aku terjumpa gambar majlis pertunangan aku. Aku memang tak jaga gambar tu sebab aku benci gila gambar tunang aku. Aku benci mak andam yang mekapkan aku sampai skang walaupun dia adalah mak kawan aku. Pedulik. Aku dah cakap kulit aku gelap, sila jangan mekap macam wayang pekji, ehhh dia pakai gak foundation kaler cerah, sudahnya macam opera cina.

Tapi yang aku gelakkan adalah tahap kekurus-keringan aku masa tu. Patut la semua orang masa tu suruh aku gemokkan sket badan. Sebab aku sendiri tengok gambar tu KEPALA LAGI BESAR DARI BADAN. Macam kartun okeh. Kelakar gila. Malangnya masa kahwin, aku adalah lagi kurus dari masa bertunang. Tak payah la nak soh tepek gambar, TAK MUNGKIN aku letak :P.

Ok, dah siap membebel. Nak mulakan sesi pecah kepala, julingkan mata baca paper dan review report budak PhD dari Indonesia yang kompom akan membuatkan bukan setakat rambut malah bulu-bulu berguguran.

Chiow.

0 remarks: