Bazar=Bazir?

Thursday, August 27, 2009

Alangkan aku tak pegi bazar pun dah membazir apa lagi kalau aku pegi. Dulu masa keje dah tentu takde masa nak masak. Dari office dah pukul 6. Kekadang orang dah azan kitorang baru nak sibuk cari makanan buka kat bazar. Skang dah tak keje, pepandaila ko nak masak. Lagipon aku memang suka masak.

Agak serik sebenarnya nak pergi bazar. Hari ke-3 puasa kengkonon nak jalan-jalan la kan tapi sebab aku masak nasi dan tiada makanan buka untuk aku, maka aku beli lah roti jala RM1=3 helai (ke keping? ke apa?) untuk aku and pulut panggang. Pulut panggang itu TAK SEDAP NAK MAMPOS and the roti jala BASI okeh. Haram jadah betul. Orang buka puasa pukul 7.13p.m. tapi bazar dah start jualan pukul 12 tengahari. Korang sediakan makanan buka untuk orang puasa sekerat hari ke apa? Nak untung sangat sampai dah lari dari tujuan sebenar pada aku bazar Ramadhan zaman sekarang. (Mula dah budazah (bak kata anak Green Apple) iszan nak berceramah ni).

Hari ke-4 puasa aku memang siang-siang bagitau Mr. Slurpee taknak pi bazar walaupun setakat jalan-jalan. Sebab tak penah lagi jalan-jalan pergi bazar yang tak bawak balik pape untuk tong sampah. Tapi...jiran sebelah pulak bagi kuih sampan (bak kata Black) yang sebenarnya kuih tako, kole kacang, roti jala berinti, bubur som-som dan rojak petis. Banyak gila dia bagi. Seperti biasa, baru tadi aku humban dalam tong sampah. Aku memang tak boleh biarkan makanan bertapa dalam fridge aku lebih dari 2 hari. Masa buka aku makan la roti jala berinti tu. BASI jugak okeh! terus tak jadi nak makan yang lain-lain. Sakit hati jiwa raga peparu pankreas aku semua. Dahla bulan puasa, kenapa la jual benda-benda yang dah basi?. Dibuatnya kalau orang yang beli tu memang setakat itu je yang dia beli untuk berbuka, tapi bila tiba masa nak makan benda tu tak boleh makan, tak ke naya? Jenis aku memang habisla aku sumpah seranah tak kira la bulan apa. Sebab aku memang menghadapi masalah untuk meng-control my anger.

Kesimpulan untuk entry versi cik kiah membebel ni adalah, TAK PAYAH PERGI BAZAR kalau tak perlu.

;). Chiow bebeh.

0 remarks: