Bekerja dari rumah [rupanya] adalah super-best!

Tuesday, August 11, 2009

Kerana:

1. [Believe it or not] aku adalah lebih produktif in term of kerja. Progress aku lebih banyak berbanding duduk dekat office.

2. Aku berjaya membuat kerja rumah dan kerja pejabat. Aku dah siap cuci baju (tapi belum jemur :P), aku dah siap masak gulai kambing permintaan Mr. Slurpee (dia takdelah cakap suruh masak tapi dia beli maknanya suruh masak la kan, xkan suruh buat perhiasan dalam fridge pulak, dah lama binatang tu bermastautin dalam frigde aku lagipon), aku jugak masak assam-laksa-CPMS-&-Ms.Lola (sudah addicted, whattodo?) untuk diri sendiri, ikan dah siap dilapah (?) untuk budak Naufal dan petang nanti aku nak goreng keropok lekor utk tea jejaka-jejaka kesayangan hamba.

3. Aku tak mandi lagi sampai skang, dari bangun subuh tadi, siapkan Naufal dan terus bekerja sambil blogging dan chatting :P.

4. Aku tak stress sebab sentiasa mengadap wall. At least kat rumah telly adalah sentiasa di ON walaupun tidak dihadap. Pembaziran? jangan risau warga TNB, aku bayar bil elektrik tetiap bulan without miss :P (ajaran siapa ni yer? :P).

5. Aku tak risau kebulur.

6. Aku bley print material walaupun takde saper nak tanggung kos tu. Dah aku mintak printer tak dapat2, ingat senang ke nak buat keje ni tanpa printer? Naik berbuih mulut aku mintak printer.

7. Aku tak payah sibuk nak iron baju.

8. Aku takde sibuk nak tengok jam, tunggu masa nak balik.

9. Aku tak kisah pakai PB :P.

Kesimpulannya, semuanya serba best kalau di rumah, takde lah nak stress tak interact dengan orang lain. Yer, kerja aku sangat boring nak kojol, dok sekor2 dalam bilik, buat la research sampai muntah darah, takde saper kesah ko hidup ke mati dalam bilik tu, yang diorang tau, SIAP!

Chiow ;).

0 remarks: