Buka apa hari ini?

Monday, August 24, 2009

Kalau dah nama bulan puasa, ceritanya mestilah berkisar menu sahur, menu buka, baju tempahan untuk raya, kuih raya, menu sahur, menu buka, baju tempahan untuk raya, kuih raya, pusing2, itu lah jugak kan?

Aku ponat tak hilang lagi. Baru balik dari KL (eh Pahang lah, tapi lalau KL :P). Baru ke? Tak la. Pukul 2.30 pagi tadi sampai. Tapi disebabkan dah 3 hari dapat tido-tido ayam setakat 2 3 jam maka sangap le nak tunggu berbuka.

Walaupun aku rasa orang tak baca pun (sebab takde gambar), aku tetap nak tulis menu buka utk day-1 & 2. tapi ye lah, gambar memang tak amik, koser aku nak amik gambar makanan kat umah MIL aku nun jauh kat Raub tu, kang dia ingat menhantuantu dia sewel plak.

Iftaar Day-1 (at PIL's house, Raub, Pahang)
1. Nasi putih
2. Rendang ayam pencen
3. Gulai tempoyak ikan keli bersama terung
4. Bayam merah masak air
5. Ikan goreng
6. Kuih buah melaka

Tu semua yg MIL aku buat tapi anak-hantu dia ni memang tak reti buka makan nasi sejak azali maka Mr. Slurpee ajak pi bazar ramadhan kat area tu maka aku tapau (setelah dipaksa) untuk aku
1. Laksa langkawi
2. Pulut udang

Iftaar Day-2 (at PIL's house, Raub, Pahang)
1. Nasi putih (bukan untuk aku :P)
2. Ikan terubuk bakar
3. Ikan keli bakar (untuk budak Naufal)
4. Gulai lemak ikan patin salai bersama peria
5. Sambal perghah (jangan tanya sebab aku pun xtau apa binatang nih)
6. Kerabu pucuk paku
7. Bubur pulut hitam

Tak pegi bazar sebab malas. After buka dah nak balik JB lagipun (ada kene mengena x?). Yang aku makan adalah sedikit bubur pulut hitam dah aku ratah sebelah ikan terubuk bakar tu. Ikut aku boleh je habiskan sekor walaupun saiznya agak besar tapi sebab mengenangkan PIL aku belum makan nasi so aku tinggalkan untuk mereka walaupun Mr. Slurpee bersungguh2 meyakinkan aku yang diorang tak makan ikan tu sebab banyak tulang.

Berbalik kepada tajuk, hari ni nak buka apa? Pada awalnya aku memang berniat puasa tahun ni tak nak membazir kat bazar tapi rerasa macam tak kesampaian je niat aku. Sebabnya Mr. Slurpee mesti nak nasi tapi aku memang tak makan nasi. So aku akan masakkan untuk dia and nothing untuk aku. Pastu Mr. Slurpee memang dah paham sangat, dia akan heret aku pi bazar untuk cari juadah berbuka untuk aku. Tapi kalau dah sampai bazar, tengah2 lapar tu semua nampak pun terliur pastu mula lah nak membazir. Asal balik bazar je jinjing beg plastik macam anak ada 8 orang menunggu kat rumah. Adoii.

Sekian bebelan ntah pape. Aku baca pun bosan. Aku harap takdela orang lain baca (tapi tetap ko publish, apekehe?)

Chiow bebeh.

0 remarks: