There was an error in this gadget

Cerita [di surau Jusco Bukit Indah] semalam

Monday, August 3, 2009

Aku malas nak tulis mukadimah bagai. Straight to the point sudah!

Semalam we all pergi Jusco Bukit Indah atas permintaah Naufal. Ada ke dalam sakit² tu anak aku sempat "mamaaaaa, jom pi JomHebohHeboh..", kesian ok aku dengar. Dari pagi sampai ke petang, itu lah ayat dia. Sudahnya Mr. Slurpee bawak pi Jusco Bukit Indah. Ye lah, mana pulak nak cari Karnival Jom Heboh skang ni kan?.

Masa nak sembahyang Mahgrib tu, aku selalu angkut handbag skali masa ambik wudu', ni entah kenapa aku tinggalkan bag, specs, watch aku pastu aku selimut ngan tudung aku. Aku letak kat bawah cermin dekat dengan pintu keluar.

Masa nak sembahyang, aku alihkan semua tu kat bawah tempat sidai telekung. Masa tengah sembahyang tetiba hati berdetik (tak khusyuk) "selamat ke handbag aku taruk situ, ishk tak baik sangka buruk, takkan la kat surau ada orang nak pedajal pulak", pastu aku sembahyang macam biasa.

Dah siap sembahyang, dah bersiap, masa nak pakai tudung tetiba ada sorang akak ni tetiba dia cakap dengan kawan dia "handbag akuuuuu", pastu dia terjelepok. Handbag dia hilang okeh! Dia sorok handbag dia kat timbunan barang² belian dia. Banyak gila plastic bag dia. Dahla dalam tu ada kunci kereta semua kata dia. Aku cakap pi report kat pak guard cepat! Kesian sangat. Patut lah aku tak sedap hati. Biasanya aku letak handbag aku kat depan sejadah, tetiba semalam aku biarkan sling bag Coach baru :P aku kat belakang je. Syukur Alhamdulillah barang² aku semua ada. Tapi memang kesian kat orang tu.

Yang aku geram, BABI mana kat dalam tempat beribadah pun nak buat dajal ni? Aku lupa nak suruh dia cek kat toilet kot² diorang tinggalkan bag dia yang dah siap di kebas kat situ kan. Wahh aku, macam ada pengalaman mengebas harta orang. Dulu ada skali aku sembahyang kat City Square, kasut budak tu hilang, ada skali wallet. Kalau ikut hati, kalau la jumpa budak yang mencuri aku nak cakap kat dia "Kalau ko susah, nak pakai duit, mintak bebaik boleh tak? Tak payah curik² bag orang. Leceh ok semua kad tu nak report nak buat balik. Belum kunci kereta semua. Tak pun kalau ko nak handbag nya je, mintak jugak, cakap 'kak, nak handbag tu boleh' walaupun dah tentu penyepak yang ko dapat".

Kalau ko memang dilahirkan dajal, boleh tak masuk surau ko jadi baik? Susah payah mak bapak ko besokan ko, ini yang ko buat. Panas perut mak ko mengandungkan ko ok, jahanam punya budak. Aku dapat memang aku lempang, pastu mesti dia lempang aku balik, pastu aku nangis.

Ok, dah!

Ada cerita kat klinik pulak. Cerita maki hamun jugak. Tengok lah kot rajin aku nak maki orang lagi hari nih, kang aku taip.

Jangan kata aku mengular, aku dah bagitau aku STUCK! Masalahnya, meeting yg baru je selesai tadi pun tak membuahkan apa² hasil. Tunggu jumpa project leader dulu. So, I'm freeeeeeeeeeeeeeeeee.

Chiow :P.

0 remarks: