There was an error in this gadget

Kecik hati

Thursday, August 27, 2009

Bersungguh-sungguh aku masak assam laksa (versi CPMS & ML) untuk berbuka. Aku memang dah niat nak bagi jiran sebelah and parents aku.

Kecik hati sebab bila aku bagi jiran sebelah, dia boleh pulang balik dengan alasan tak makan di depan bapak aku. Aku memang suruh bapak aku datang jemput laksa tu on the way dia balik dari kerja. Sedih!

Selama ni (nak cakap jugak walaupun tak baik mengungkit bulan puasa ni, eh tapi bulan tak puasa pun memang tak baik mengungkit) aku amik jugak apa yang dia bagi walaupun sebenarnya most of the time memang buang la akhirnya. Kami suami isteri dan budak kecik tu juga, bukanlah jenis manusia pemakan. Kalau dah aku masak, ada benda lain alamatnya simpan dalam fridge, sok lusa ke dustbin la akhirnya.

Memang niat dia baik sebab tak nak membazir tapi aku tetap kecik hati. Bukan aku sengaja gatal-gatal nak kecik hati. Pada aku, adat kita ni penuh sopan santun. Kalaupun tak makan, ambil je la. Ini dah ambil, bila bukak tengok tak makan, pulang balik, boley?

Sesungguhnya, kecik hatiku ini, uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sekian kisah kecik hati di bulan puasa.

Chiow.

0 remarks: