There was an error in this gadget

Menu buka puasa [Mr. Slurpee] semalam

Saturday, August 29, 2009

Kenapa Mr. Slurpee? Dah tentu lah sebab aku memang tak makan nasi waktu berbuka (berapa kali la ko nak bagitau). Kalau takde pilihan, kurma sebiji pun aku tak kisah but nasi [putih bersama lauk pauk]?, hmmmmm mungkin tidak.

Sebab ada 5 minit sebelum berbuka and aku dah tak tau nak buat apa, maka sementara menunggu azan berkumandang, aku snap la few pics untuk dibuat modal blog :P. Ok, hasil keberasapan dapur Cik Iszan semalam:


Sup tulang [rusuk] lembu


Sambal kicap untuk dimakan dengan sup tulang


Sambal ikan bilis tempoyak


Kerabu pucuk paku


Ayam goreng crispy



Lauk ni semua merangkap lauk sahur la jugak. Kerabu pucuk paku tu 1st time aku buat. Sodappppppppp. Yer, aku sendiri kene cakap sedap (sebab serius sedap :P) sebab kalau tanya laki aku, jawapan dia adalah "hmmm, rasa pucuk paku lah". Mr. Slurpee memang tak tau apa makna sedap. Tak pernah dia cakap apa makanan pun sedap walaupun memang sedap giler pada aku. Mungkin nikmat nak rasa sedap tu takde sebab kuat sangat hisap rokok.

Aku buka apa? Laksa haritu ada aku rebus lebih. Aku makan dengan sup tulang. Boley? Kira laksa sup tulang lah, ngeeeeee. Mi kuning ada tapi aku memang tak makan mi kuning kecuali mi kuning goreng. Gila cerewet pompuan nih. Itu tak makan, ini tak makan tapi tetapla gemok jugak.

Sekian dari dapur berkeladak Cik Iszan. Sehingga bertemu lagi di lain masa. Wassalam. Sah sewel pompuan nih.

Chiow.


0 remarks: