Selsema babi tunggal H1N1-doakan kami bukan salah satu mangsa terpilih

Tuesday, August 4, 2009

Insya Allah akan buat test H1N1 [kalau pihak hospital benarkan] petang ni. Naufal dah seminggu demam panas. 2 kali di bawa ke klinik. Kami di nasihatkan untuk bawa dia untuk rawatan lanjut tapi bukan di private hospital kerana mereka tidak menyediakan rawatan untuk H1N1.

Aku pun dah flat semalam. Kerja half day lepastu melepek kat rumah. Pagi ni aku datang jugak kerja sebab ada meeting [lagi]. Mengenangkan sangat susah aku nak dapat jumpa projek leader dan ahli sekutunya, maka aku gagahkan jugak ler diri datang.

Doakan kami bukan salah satu mangsa penyakit ni. Mangsa H1N1 ke-enam adalah di JB. Sebab tu makin risau.

Sigh.

Ya Allah, lindungilah kami semua dari wabak ini, aminnnn.

0 remarks: