Abandoned

Tuesday, September 29, 2009

Apa khabar orang kampung (dan juga orang bandar)?
Lama sudah tak berblog.
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung (dan juga orang bandar)?
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja [walaupun sebenarnya aku yang senyap]

Orang kampung merantau jauh
Mencari ilmu di kota
Orang kampung merantau jauh
Mencari rezki di kota

Asal ada kemahuan
Semua jadi kenyataan

Cukuplah sampai di sini
Lain kali cerita lagi
Doa restu untuk kita
Panjang umur kita berjumpa

Aku balik kampung Jumaat lepas and ahad (2 hari lepas) baru balik. Sepanjang beraya (walaupun bukanlah beraya sakan) dunia blogging terpaksa aku lupakan. Nak tido pun tak sempat lagikan nak on lappy. Mau juling mata orang sekeliling karang. Orang lain sibuk bertungkus lumus kat dapur (hari-hari dari sebelum raya sampaile aku jejakkan kaki semula ke rumah aku nih), tetiba aku sesedap nak layan internet.

And now, anak bujang aku tak sihat. Laki aku pun dah mula menunjukkan sign tak sihat. Dengan kerja rumah yang terbengkalai sepanjang seminggu aku tinggalkan rumah, memang lagi jauh la mood nak blogging sampai akaun Nuffnang pun nampak cam bercoti jugak.

And right after this post, mungkin blog ni akan kembali sunyi lagi. Ada few paperworks yang aku kene siapkan disamping ada projek yang perlu diberi perhatian.

Rindu nak baca blog korang tapi kene tangguhkan hasrat. Aku baru sempat tengok blog KNV yang kaya dengan gambar2 di Birm. Syabas sista. Later aku selongkar balik semua blog-blog korang.

Raya? Anggap je raya dah habis, bley?

Until then, toodles!

0 remarks: