Ada orang..

Sunday, September 6, 2009

Dah buat salah, beriyer-iyer tak mengaku. Dah tak mengaku tu satu hal, siap nak marah-marah pulak. Apekehe?

Ada pulak, masa susah hari-hari cari kita, meluah perasaan, meratap hiba, menangis sakan. Tapi, bila masalah dah selesai, kawan yang sentiasa mendengar masalah dia dulu macam dah xguna. Sms xpernah balas. Nak call tanya khabar memang haram. Kita buzz pun tak reply.

Sila bersangka baik di bulan Ramadhan. Tapi itu aku cakap untuk orang lain lah. Sebab aku memang bukan jenis manusia yang tau tipu diri sendiri.

Lain padang lain belalang. Apa sambungan dia? Ko sambung la sendiri. Motip aku letak tatabahasa simpulan bahasa (ke hapa namanyer) tu pun tak dapat di kenal pasti. Masa nak letak tadi macam kene je. Bila dah taip, dah le tak reti sambung, pastu rasa "eh pompuan, ko ni dah kenapa..?".

Melalut dah cik kiah ni. Baik aku blah. Sahur sok, buat pertama kalinya surirumah (honestly, aku GELI perkataan SURI, yucks) pemalas ni nak buat nasi goreng ikan masin je. Jangan ler laki aku tak tertelan. Nasi dah siap masak tu. Masak lauk pun bukan jalan sangat makan pepagi nih. Ikut Mr. Slurpee, tak payah kejut dia lagi afdhal. 4 tahun dah aku dengar ayat yang sama tapi kemsalam la bang yer. Nak tak nak, aku bini ko, ko kene gak la bangun sahur walaupun ko makan dengan mata terpejam.

Ntah pape pompuan ni bebel aku pun tak tau. Dah!



0 remarks: