Kelewatan yang membangangkan membengangkan

Thursday, September 10, 2009

Aku baru menerima se__________(errrr, sila isi penjodoh bilangan anda sendiri) surat panggilan temuduga yang telah expired. Meaning? Tarikh interview tersebut telahpun berlalu.

Salah siapa? Abang [read: adik] courier service kah ataupun salah syarikat yang panggil temuduga? Surat adalah bertarikh 3/9/09.

Sebagai seorang yang (kononnya) sangat positive, kita anggap je takde rejeki. Tapi dalam hati ALLAH sahaja yang mengetahui segala caci maki yang aku lemparkan. Mungkin Dia Maha Mengetahui yang hambanya ini belum bersedia nak bekerja kerana badan yang di ternak belum cukup matang untuk dimasukkan dalam kategory Nutty Professor.

Sekian.



p/s: Kenapakah tukang tulis consignment note itu memandai-mandai menukarkan no rumah aku sebagai 41? Kalau aku tau siapa orangnya, bulan puasa ke tak, mau aku tutuh kepala dia. Dalam surat terang-terang dah print alamat aku, dia plak memandai-mandai. Nasib jugak abang kurier bijak dengan mencuba datang ke sini walaupun surat tu dah tiada makna lagi.

Yang kesian,

0 remarks: