There was an error in this gadget

Masa amat mencemburuiku

Thursday, September 17, 2009

Statement cam haram!

Sebenarnya cerita banyak, masa nak cerita tu yang takde so anggap je takde cerita, boley? Aku ni malas nak cerita kalau benda dah basi tahap berulat. Ni pun aku masuk sebab tengah menunggu anakanda bangun dari peraduan (??) dia pastu nak zasssssssss pegi cari hamper. Laki aku pun 1, last minute baru teringat nak hantar hamper kat client..kejadah? Silap haribulan opis diorang pun dah tutup sok. Mengenangkan dia akan bersenang-lenang buka sedap-sedap dengan sub-con dia karang di seafood restaurant atas laut yang jauh berdengik dari rumah dia ni makanya aku la yang kena pi cari hamper tu. Berbekalkan kereta mini aku tu, ntah muat ntah tidak nak sumbat 4 biji hamper. Nak beli makanan kucing lagi. Haihh.

Nasib baik aku tak puasa, makanya masa orang sibuk berbuka karang, aku anak beranak sibuk la cari kedai hamper yang masih jual hamper yang ok. Laki aku dah pesan ok, JUSCO punya tamau! Nyampah.

Ok, aku nak siapkan barang-barang untuk diangkut bersama. Apa lagi kalau bukan diaper, susu, ribena bagai tuh.

Komen korang aku nak tengok pun tak sempat. Later alligator!

0 remarks: