There was an error in this gadget

Oh bencinya

Saturday, September 12, 2009

Aku ada segunung baju-baja yang perlu di lipat. Menjemur, melipat atau menggosok baju adalah house chores kebencian aku sejak azali lagi. Masa kerja dulu ada aku terfikir untuk amik weekend helper just untuk meng-clearkan baju-baja ni.

Sakit mata aku. Sakit lagi hati aku. Walaupun bukan lama sangat pun kalau nak lipat baju-baja ni tapi kalau dah nama benci, tunggu kes terpaksa barulah aku buat. Ni stok seminggu tak berlipat. Sebelum raya semua kene settle. Kalau tak, ada kang balik dari Pahang aku kena heart attack.

Ada sesiapa tak nak tolong aku buat keje jahanam ni? Kalau nak harapkan my boys 2 orang tu, alamatnya kiamat lah dunia. Tolong sepah boleh lah. Ngan tolong bebel. Tolong hulurkan bantuan, ringankan beban? Kemsalam.

Bencinyaaaaaaaaaaaaaaaa.

0 remarks: