Persiapan raya?

Tuesday, September 15, 2009

Bagi aku..TAK SIAP!

Baju raya: Semua belum siap walaupun dah hantar dari bulan 5.

Kuih raya: 1 kejadah hapa tak beli lagi.

Rumah tak raya: Langsir memang aku berazam takmo cuci sebab tahun ni seperti tahun2 lepas kami anjurkan rumah tertutup. Pada sesiapa yang nak datang beraya, kita jumpa kat kedai mamak je la yer. Tingkap memang takde dalam sejarah dah lebih 4 tahun duduk rumah ni nak lap ke hapa. Anggap je la tingkap tu tak wujud. Aku dah give up nak kemas rumah ni sebab lepas aku kemas, sapu, mop bagai, 10 minit lepas tu rumah aku bertukar jadi tongkang karam balik. Sebelum aku karamkan anak ngan laki aku, baik aku toksah kemas, kalau tak mau semua tak raya ni karang.

Baju: OK, dah beres semalam.

Carpet: Belum jemput dari kedai walaupun dah 2 minggu hantar. Malas dah nak ingatkan Mr. Slurpee. Gamaknya dia nak sedekah kat apek kedai dobi tu ke apa aku tak tau la.

Kek rasmi setiap tahun: Akan di buat pada hari Khamis tapi bahan pun tak beli lagi.

Stok bunga api: Tak payah risau!

Duit raya: Tahun ni, aku tak bertanggungjawab menyediakan sampul raya, menukar duit raya mahupun menyediakan duit raya. Harap2 adalah duit raya diperuntukkan untuk belah aku, kalau tak...malas nak cakap banyak.

Kesimpulannya, takde beza pun kami ni raya ke tak. Sebenarnya aku tengah panas hati. Inilah natijahnya update tatkala hati tengah panas. Hati aku panas rentetan dari cuaca yang panas.

Dah. Nak masak. Apa lagi kalau tengahari ni, pastu anak aku tengah tido. Masak le kejenya.

Owh, di sini aku ingin mengisytiharkan bahawa anak bulan aku telah kelihatan maka aku telah raya dulu!

Chiow ;).


0 remarks: