Hari rabu = hari KeRABU?

Thursday, October 8, 2009

Itu adalah soalan dari laki aku bila dia bukak tudung saji semalam dan nampak keRABU mangga dan keRABU kangkung & toge. Tapi aku tak panggil pun yang kangkung & toge tu keRABU, aku panggil URAP.

Kalau biasanya aku suka masak pelbagai jenis binatang dalam 1 hari, lepas raya ni mood aku adalah masak beberapa jenis pokok dalam sehari. DIET la konon kan sebab aku makan pokok-pokok tu lagi banyak dari nasi tapi seperti biasala, nak kurus adalah suatu penyeksaan yang maha dasyat. Seksa la perut ko berlapar berminggu-minggu pun tapi kalau turunnya setakat sekilo, baik tak payah! Buat menyakitkan hati aku je. Nampak sangat lemak-lemak aku dah tepu.

Sekian entri tidak bermotif.

0 remarks: