There was an error in this gadget

L.E.L.A.K.I

Monday, October 19, 2009

Kisah sakit ati baca sokabo memalam buta. Ni lelaki ke jantan? Rasa aku jantan pun takde kisah saiz kot.

From here.


Payudara isteri tidak seksi

SOALAN

SAYA baru berkahwin lebih kurang sebulan. Bagaimanakah cara untuk membesarkan buah dada kerana saiz payudara isteri saya terlalu kecil seperti saiz perempuan berusia 15 atau 16 tahun. Saya tidak nampak dia ‘seksi’. Apakah dengan sentiasa meramas atau meraba payudara isteri akan menyebabkan saiznya boleh membesar atau ia akan besar selepas melahirkan anak?

INSAN TIMUR
Kuantan, Pahang

JAWAPAN
Cara yang sangat berkesan ialah melalui pembedahan pembesaran payudara atau pembedahan ‘mammoplasty’ tetapi ramai berpendapat ia tidak ‘natural’ kerana payudara besar dan terjojol macam plastik.

Jika itu yang anda mahu, buat pembedahan itu kepada diri sendiri! Jangan dera isteri anda lagi sedangkan anda memilihnya sebagai isteri dalam keadaannya sebegitu sebelum ini.

Tidakkah anda tahu, Tuhan beri payudara kepada wanita untuk penyusuan bayi. Bukan untuk tayangan dan diramas.

Memang tak dinafikan tindakan meramas itu memberi perasaan ghairah kepada lelaki yang minat kepadanya, tapi jangan sampai mendera atau menyakitkan hati isteri dengan mempertikaikan saiz dan bentuk payudaranya.

Anda mungkin jahil mengenai payudara. Saiz dan bentuknya mengikut keturunan dan baka dan selain itu saiz dan bentuk payudara boleh berubah apabila wanita itu hamil dan memberi susu badan atau apabila badan wanita itu mula berisi.

Apabila badan susut dan pengeluaran susu juga berkurangan, payudara itu akan mengecil kembali dan boleh menjadi leper jika badan yang gempal itu susut ketara.

Paling mustahak ialah wanita itu menggunakan baju dalam yang sesuai untuk menampung payudara. Jadi hentikan tekanan kepada pasangan anda dan terimanya sebagai teman hidup dan ibu kepada anak anda.



Aku suka tang Doc ni jawab buat kat diri sendiri. Hambek ko!

Fuck you INSAN TIMUR!! Pi ramas t3t3k lembu kalau nak yang beso. Stoooooopid!



p/s: Pardon my emo :P maklumler, saiz aku pun cam isteri dia gak haaaaaaaaahahahhahahahhahahahhaha..

0 remarks: