There was an error in this gadget

Tak khusyuk

Wednesday, October 7, 2009

Masa aku solat Zohor tadi, seperti biasa Naufal pun akan solat sama. Kalau angkat wudu', dia cuma cuci muka dan cuci kaki. Ikut mazhab mana pun tak tau. Lepas tu, sibuk aku bentang sejadah, dia pun bentang sama sejadah dia. Tapi jangan la ada kelepet sikit ataupun jurai-jurai sejadah tu yang tak keluar semua, dia cek sesiap. Pastu pakai songkok dia.

Eh, aku nak citer apa tadi. Cam dah lari dari topik je. Owh, masa sembahyang Zohor tadi, aku boley terlupa nak slowkan volume TV. Sekali masa I'tidal, aku ni yer la 'Sammi Allah huliman hamidah...' tetiba aku dengar

KERJAAAAAAAAAAAAASAMA!

Sah! Mesti lagu Wonderpet kuar. Budak ni asal dengar phrase "apa yang penting?" kompom dia sambung "kerjasama".

Pastu dia sambung rukuk.

Awak sembahyang tak khusyuk, dengan mama sekali ikut tak khusyuk. Haihhh.

0 remarks: