Togel sudah

Wednesday, October 7, 2009

First of all, mintak maaf sebab kualiti gambar macam puaka. Maklumler, E71, terkenal dengan tahap kepuakaan gambar yang maha dasyat (matila pengguna E71 sumpah seranah aku). Kak, sok jangan lupa bawak kamera aku skali eh ;).



Setelah hampir seminggu memujuk anak bujang aku potong rambut, akhirnya semalam dia setuju! Tapi dengan syarat

Ok, but potong small one only, no big one, no botak.

Jangan tanya aku mana dia belajo big one small one tu. Aku tak pasti.

Tak kisah la nak, janji ko kata bley potong. Aku dari rumah lagi "Fal don't cry tau, tak sakit pun..", dia semuapun jawab OK!

Laki aku bawak pi kedai mamak okeh. Dalam takde parking sebab kedai tu berdepan dengan kedai tikam ekor, tetaplah gigih nak pergi situ jugak. Takut Naufal tukar fikiran. Tapi..macamlah kurang kedai kat Taman U ni kan?

Sepanjang dia potong, aku dok sengehhhhhhhhhh je macam kerang busuk sebab dia tak nangis or lari as usual. Dia sibuk pandang keliling, pandang atas, tepi, orang lalu lalang, lori lalu la..jenuh tukang gunting soh tunduk la pandang depan la hapa, dia wat derk je. Xkisahla, janji rambut ko terpotong nak. Mama ko dah sakit sangat mata mandang rambut ko cam lalang tu. Aku gak yang potong pun kah kah.

Tapi pas potong, kena bagi upah okeh. Dari rumah dah bagitau "kalau potong rambut kat kedai nanti kita beli toys". Sebagai balasan, papa kenalah belikan lego set walaupun dalam stor ada sebaldi lego dia. Nasib ko la bang.


0 remarks: