There was an error in this gadget

Aku sumpah McDonald's!

Monday, December 7, 2009

Specifically Skudai Drive-Thru. Sumpah je yer, tak banned :P.

Sumpahan adalah disebabkan dia telah memberi anak aku makan AYAM BUSUK sampai anak aku muntah habis 1 kereta dengan dia dengan mommy dia (tu yang jadi lagi marah tu). Orang dah pakai cantik2 (lah sangat). Nak pergi pesta buku kat Danga City Mall (hasil rembatan tak seberapa adalah seperti di bawah). Baru separuh jalan habis semua kene muntah. Nasib baik aku off (smayang) jadi lap2 mana yang terkena tu dan hajat nak pi pesta buku tetap diteruskan sebab memandangkan semalam adalah last day dan masa tu dah Maghrib. Kalau patah balik memang takdela nak pergi semula. Naufal je aku mandikan. Mr. Slurpee totally safe.

Apa aku bebel?

Sebenarnya si Naufal beriyer nak makan ayam KFC tapi memandangkan KFC drive thru dah terlepas maka beli McD je lah. Tu pun sebab dah seminggu dia muntah2 & diarrhea. Makan takmau, susu takmau. Bila dia mintak pape nak makan memang cepat le kami belikan. Patutla dia makan mcm terkulat2 pastu dah tak nak. Tengah aku membebel2, habis muntah semua.

Balik umah aku makan fries. Aku nak suap dia ayam tu dia tamau pastu aku suap le mulut aku :P sekali amik ko. BUSUK TAHAP BANGKAI!. Babi okeh. Kesian anak aku. Nasib bukan dine-in, kalau tak, only-God-knows-what-i'd-do. Aku sumpah McDonald's!


Just don't mess with my boy,

0 remarks: