Serba salah

Sunday, December 6, 2009

Selang 2 rumah dari rumah aku ada kenduri kahwin. Tu kat depan tengah kecoh la tu, bersiap sedia untuk berarak. Jap lagi mulala kompang. Kompom bangun budak Naufal ni.

Yang menjadi serba salah adalah aku ni. Pergi salah. Tak pergi pun salah. Akhirnya, TAK PERGI. Sebab? Tak dijemput. Tak dapat kad. Akak sebelah cakap orang tu ada datang menjemput masa kitorang balik kampung raya korban baru ni. Dia cakap memang dia tak bagi kad untuk orang2 kat jalan ni, dia jemput mulut sahaja. Tapi...takde pulak dia pesan akak tu mintak jemput kan kami ni. Jadi tak tau la apa status kami ni, di jemput atau tidak.

Malam tadi majlis nikah. Masa kami nak masuk rumah lepas pergi Giant, ada kereta block depan pagar kami, ada tuan rumah tu suruh orang alihkan kereta tapi takde pulak menjemput Mr. Slurpee. Hmmmmm...

Mr. Slurpee kerja hari ni. Naufal pun tak sihat. Nasib la orang nak kata apa. Dah tak di jemput, segan la pulak walaupun jiran. Muka memang tak kenal la. Jiran-jiran sini kan semua tak nak bertegur dengan aku sejak kes babysitter Naufal dulu.

Aku kirim je angpau kat akak sebelah. Nasibla apa orang cakap.


Paham?

0 remarks: