There was an error in this gadget

Berkorban dan terkorban

Friday, January 22, 2010

Aku rasa sekarang itulah yang Naufal lakukan :(.

Sejak kerja, memang Papa dia yang jemput balik, dah aku balik lambat. Aku paksa laki aku balik cepat. Bila aku dah balik, laki aku kene masuk site balik.

Ini cerita masa aku borak dengan Naufal semalam.

Naufal : Mama dah balik? Nape mama balik lambat?
Momma : Mama kerja sayang.

Naufal : Kan semalam mama dah kerja?
Momma : Hari-hari mama kene kerja.

Naufal : Alaaaaaaaaaa. Mama balik lambat. Mama tak ambik Fal pun.
Mama cakap nak amik.
Momma : Sorry sayang, mama lambat. Kan papa dah amik.

Naufal : Alaaaaaaa. Tadi Fal pergi (klinik) ngan papa je, mama tak
datang pun. Nape mama tak datang?

Aku sedih ok. Yesterday was his 1st time went to clinic to get his neb without me. Kalau dia boley cakap dan tanya macam tu dengan aku, apa sebenarnya yang dia rasa? I feel him but I can do nothing :(.

Kadang-kadang kita berkorban tapi dalam kita berkorban sebenarnya kita mengorbankan orang lain.


0 remarks: