There was an error in this gadget

Mula bekerja

Monday, January 18, 2010

Hari ni tamatlah sudah masa mengangkang aku. Aku mula masuk kerja. Sebab nak bagi good impression la konon, aku keluar rumah pukul 8 pagi tadi sebab office baru mula kerja pukul 8.30. Lepas anta Naufal terus pi office. 8.10 aku da tercatuk depan pintu tapi mangga lagi ok grill sume. 8.45 baru orang bukak pintu? Apekah? Ada can masuk lambat pasni (niat biar suci murni). Tapi orang yg in-charge utk train aku xde, dia masuk S'pore's office dulu, 'kata'nya 9.30 baru masuk sini.

Walaupun aku da tau bilik aku tapi yg bukak pintu soh tunggu kat reception jadinya di sinilah aku, blogging dr E71 yg xcanggih ni bertemankan co profile dan beberapa bahan bacaan lain yg aku xbrapa nak baca sebab kureng mengerti.

Naufal tadi mengamuk ok. Sedih aku tengok. Terpekik terlolong cakap "xnakkk xnakkk" bila nampak rumah nanny dia. Harap2 dah ok la skang. Aku takut nak tepon nanti aku xsenang hati.

Jam da menunjukkan pukul 9.40 nampaknye orang itu masih tidak muncul. So, aku kene tungguuuuuuuuuuu lagi yer.

Sekian laporan dari office baru. Chiow.

P/s: susah nak format taip pakai hp ni, so terimalah seadanya.

0 remarks: