Terima kasih..

Saturday, January 16, 2010

..untuk semua pengomen² (bunyi macam agak biru perkataan ini.) untuk entry ini dan juga ini. Tolong jangan kata aku mengelat walaupun memang aku mengelat.

Ramai juga (maksud ramai di sini adalah lebih daripada 2 orang :P) yang texted aku tanya adakah aku sudah mula bekerja. Jawapannya adalah pada Isnin ini yer. Nanti aku check line kat office baru ni samada clear ke x nak blogging ngeeeeeeee.

Aku tengah pening dengan Naufal yang taknak pergi umah nanny dia, ayat dia bila aku cakap nak hantar adalah

"dah mama, cukup dah, tak payah kerja dah, da four (dia nak cakap dah banyak kali kot) Fal pergi sana, cukup",

notice berapa banyak word cukup dia gunakan? Harap² biarlah semua tu cuma sementara, kalau tak mau pening lagi kepala aku nak keje.

Tolong doakan dia OK yer, aku ni memang suka mengemis doa.

Owh, aku skang saiz s. Statement ini tiada kene mengena dengan entry :P.

0 remarks: