There was an error in this gadget

Demanding, am I?

Tuesday, February 23, 2010

Ini kali ketiga berlaku. Ntah-ntah lebih. Eh memang lebih aku rasa tapi tiga ni yang ketara aku ingat.

Kes 1:
Di minta 'membantu' satu projek 'sakit'. Aku memang jenis manusia yang tak takut walaupun dapat workload sebanyak dan sesusah mana dengan di beri masa yang singkat. Tapi apa yang di bayar tidak sama dengan apa yang dijanjikan. Bila aku bersuara siap nak cakap aku takde experience 'dalam bidang tu'. WTF? Lepas aku dah mula buat kerja baru nak cakap. Then, Masters aku tu nak taruk mana? Cuba bagi ko gaji segitu dengan workload tu, ko nak? Ko pun tau taknak tapi nak kata aku demanding sampai sanggup putus kawan? GTH!

Kes 2:
Di minta bekerja dengan FIL seseorang. Lepas diselidiki jawatannya sebagai kerani dengan gaji lebih kurang 1.2k. Bila aku tolak, bagi ayat power OK. For God's sake, do I deserve that kind of position?

Kes 3:
Baru sangat berlaku. Baik hati nak recommend aku kerja sebab ada kosong dalam 1 jabatan di UTM (lagi). Tapi, KERANI (lagi). Ko tau aku ada Masters. Gaji RM800!. Bila aku cakap aku akan kerja utk gaji yang AT LEAST basic RMx.xk yang mana itupun aku dah turunkan jauhhhhh dari apa yang aku dapat dulu, ko buat muka. Cebik ok. Ada aku kisah?


Semua kisah di atas adalah kerja dengan kerajaan. Demanding ke aku? Walaupun kerajaan tapi gaji segitu apa yang aku cukup nak bayar? Minyak kereta, instalment kereta, makan utk kerja pun tak cukup buat apa kerja? Bila aku kerja, kos lain pun bertambah, kos utk babysit Naufal, kos aku nak bekerja, kos klau aku tak sempat masak & kene tapau (kene kira wooo), klau laki aku kene tambah lagi & masih kene biaya aku, buat apa aku kerja?

Sakit hati OK, cukup-cukup le sakitkan hati aku. Banyak lagi benda aku nak hadap dalam dunia ni, bukan perangai bukan-bukan pompuan-pompuan yang tak reti jaga hati dan perasaan orang lain.

Katalah aku demanding, ada aku kisah? penat aku belajar, menangis nak dapatkan Masters, experience aku as Office Manager for almost 5 years, belum experience yang lain, tak bolehke aku demand sedikit? Umur aku bukan belas tahun lagi yang aku nak sauk any opportunity tanpa soal selidik.

I'm not that desperate OK!. Aku bukan nak cakap besar tapi dengan gaji segitu aku duduk rumah pun dapat. Tolonglah, aku tak kisah OK niat baik nak tolong aku bagi aku kerja tapi boleh tak jangan ambil kesempatan atas aku ataupun gunakan aku? Pastu kalau aku tolak bebaik, boleh tak jaga sket mulut dengan tidak mengeluarkan ayat-ayat puaka? Korang tak kenal aku lagi, kita jarang jumpa so aku memang taknak lagi puaka dari korang tapi tolonglah ingat, aku ada hati jugak. Siap cakap aku DEMANDING right to my face ok, aku ni sengeh cam kerang busuk je tak hal dalam hati meronta-ronta nak tampar mulut puaka itu.

AGAIN, I'm not desperate to work and can you respect any decision that came from me? Sebab ko offer tapi aku yang nak keje kan? Klau ko rasa ko desperate sangat nak orang kerja situ, apa kata ko je kerja situ? Pandai pulak ko tak nak kan?

Dahlah, aku letih OK. Banyak lagi benda lain yang aku perlu deal with, bukan attitude stupid camni.

GTH!!

3 remarks:

KS said...

Tak ko tak demanding. Dengan kelulusan dan pengalaman gitu ko layak kerja tmpt yg elok dengan gaji yg elok juga :)

take iszan, ada rezeki nanti adalah. Bukan desperate pon kan? Jaga naufal lagi best kan? Hehe

MN said...

niat diorg nak tolong tu baik..tapi bila ko tolak, then kasi ayat puaka?
hmmm..mungin bukan utk ko la keje tu.

takpe beb...biarkan mereka.

Sayang.Ibu said...

not in the same shoes..abaikan... sabo je lah beb..