I am like a timebomb waiting to explode

Wednesday, February 24, 2010

Cabaran utama aku untuk meeting ni adalah diri aku sendiri. The anger in me can be raged out anytime without warning or waiting for 'perfect time'.. Tu yang aku takut.

I received a call from that bitch petang semalam. Kalau aku tau itu dia , sumpah aku takkan angkat. Lepas dengar suara dia terus aku jawab dengan suara mendatar. Adake nak tanya buku yang dia bagi aku pinjam la, kunci la. Buku tu lama dah aku pulang. Kunci tu camne aku nak pulang? Masa dia buang aku, aku nak pergi kat bilik aku dia boleh sound jangan pegang komputer buruk dia, takut jugak bitch tu akan kepakaran IT aku (yang takde ni). Tapi aku sempat delete folder kerja-kerja yang aku buat. Aku nak salam ucap babai kat memember pun dia follow, bley ke aku nak ingat nak pulang kunci dia? Aku memang ingat nak pulang harini pun tapi dia bley sibuk-sibuk tanya. Soalan terakhir dia sebab dia tau aku memang tak berminat nak bercakap dengan dia adalah "will you come down to the government office tomorrow?", pantas je aku jawab "of cozzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz". Tapi just after i hang out, jantung aku berdegup macam nak pecah dada aku. Darah aku terus menyirap and dari situ aku tau yang hari ni tidak akan mudah untuk aku.

Malam tadi aku tak boleh tido mengenangkan apa bakal berlaku hari ni.

Aku keluar pukul 8.30 pagi tadi dan tepat-tepat pukul 10.00 aku sampai. Lapor diri tapi pihak majikan belum sampai. Aku sengaja duduk kat kerusi yang paling hujung supaya dia takkan perasan aku bila dia sampai. 25 minit lepas tu baru dia sampai. Bawak bapak dia OK, tau gak ko takut ye x?

Kami di arah ke bilik rundingan damai. Aku sentiasa pastikan aku orang terakhir. Sempat say hi pada bapak dia sebab bapak dia tegur dulu.

Lepas moderator kenalkan diri dan bercakap tentang latar belakang kes, dia mintak pihak majikan dulu beri keterangan. Suruh bapak dia OK, aku baru nak sound apasal bapak dia yang tak tau pape plak nak kene beri keterangan? Tapi bapak dia refuse and dia yang bagi statement.

Tak dan aku nak tulis in detail tapi main point dia adalah "SHE IS STILL IN PROBATIONARY PERIOD, WE HAVE RIGHT TO TERMINATE HER WITH 24 HOUR NOTICE" dengan alasan "I FOUND SHE IS NOT SUITABLE FOR THIS JOB".

Aku dah geleng kepala and sengeh sinis sepanjang dia bagi statement sebab terang-terang dia takde alasan kukuh.

Bila puan moderator mintak statement aku pulak benda 1st aku mintak adalah untuk tidak bercakap secara langsung dengan that bitch. Aku akan cakap dengan moderator tu sahaja. Masani aku rasa klau ada sesiapa duduk sebelah aku mesti nampak dada aku berombak (auwww) dan dengar dup dap dup dap kerana menahan marah. Aku memang taknak marah.

Memula aku mintak dia define not-suitable. Aku cakap jawatan ni bukan aku yang apply, ko yang cari aku and give me a call untuk attend interview. Lepas tu aku kene interview selama 3 jam dengan pelbagai test aku kena buat. Dia ada resume aku, suma certificates aku. So apa maksud dia tak suitable? Dia tak boleh jawab. Dia yg insist aku terima offer dia siap dia tambah lagi sikit dari apa yang dia offer memula sebab nak suruh aku join dia, so?

Aku cakap aku get along well with other pekerja. Aku perform dalam kerja aku. Then dia balas aku refuse untuk stay-back. Time ni memang dia kena la. Aku cakap aku refuse ke? Aku mintak penjelasan kenapa aku perlu stay back every single day untuk kerja yang tak penting.

Lepas tu split meeting. Memula aku then pihak majikan.

Lepas tu meeting sama-sama lagi. Puan moderator mintak cadangan penyelesaian without dragging this case to mahkamah perusahaan. Bila the bitch tu bagi suggestion bodoh iaitu

"AKU KENA HANTAR SURAT RESIGN PADA DIA SO RECORD AKU TAKKAN BURUK UNTUK MINTAK KERJA LAIN"

I was like "what????"

Aku cakap NO dan-dan tu jugak. Aku cakap ingat aku bodoh sangat ke nak terima cadangan bodoh dari pompuan bodoh macam dia?

Bila puan moderator tanya aku pulak, aku memang insist nak SEBAB kenapa aku dipecat. Puan moderator pun tau yang that bitch masih gagal beri SEBAB selain membebel ntah pape. Lepas tu aku mintak pengakuan maaf bertulis menggunakan letter-head syarikat dan pampasan.

Aku bukan kebulur duit dia tapi aku nak ajar dia. Kalau tak dapat pun aku tak sedih sebab tengok muka dia tadi pun hati aku dah puas.

Puan moderator tu cakap masa split meeting, her father was OK tapi the bitch yang beriyer nak mempertahankan apa pun tak tau.

So the meeting postpone to 09-03-2010. Kalau masih tiada jalan penyelesaian, kes akan di bawa ke court. Itu yang aku nak sebenarnya.

Apa yang aku alami SELEPAS aku kena buang kerja bukan mudah. Aku nak mintak kerja pun susah, rosak resume aku kerana dia. So aku nak dia tau yang she messed with wrong person.






20 remarks:

~ As ~ said...

benarlah Allah menduga mengikut tahap kemampuan hambanya. sebab kalau saya, hmmm mmg tak blh handle this situation dengan jawapan2 yg bernas mcm ni...
(saya follow cerita ni)

Ealyie said...

hmm.. cool beb cool.. ko tau ko di pihak yg benar, maknya teruskanlah perjuangan mu itu. Nampak sgt akan kebodohan si kopet tu..

p/s: aku kt tempat ko pun aku tak segagah itu.. aku gagah part lain! ahahaha..;p

croft said...

Kagum betul aku. Tak terkata kalau aku di tempat ko.

Bagus la, biar dia tau, ingat senang2 buat org macam tu.

IntanSham said...

bravo beb... ko mmg hebat. btol kalo aku pun mmg x mampu nak bwk kes ke thp ini.. seriously padan muka that b****.. mmg ptt ko hajo dia

Juliet Le Sweetheart said...

iszan , gud luck! aku sokong apa yang kau buat ni... chaiyok!!!

azah aziz said...

kita doakan semoga dipermudah segala urusan.. insya-Allah.. ramai penyokong ni.. orang yang benar meemang selalu berani.. macam awak juge ^_^

Mimi said...

OMG ure soo cool and brave babe! Berani kerana benar kan?! I'm sure u'll win coz obviously that beeyotch is dumb tapi still nak menang. Stay strong okie. Voting for u.

aizuraawang said...

wow... you're amazing. i doakan you k.

cysev3n said...

aku pun join berombak (tinggal tak buat mexican wave je) bila baca cite kau ni.. all the best nyah..

dy said...

berani kerana benar
tabah kerana sabar

jgn biar dia pijak awak
jgn biar dia pandang rendah pada awak
berjuang hingga ke tetesan yg penghabisan

(saya juga akan follow cite ini .. sampai ke mahkamah sekali pun..)

baca ayat summum bukmum byk² sampai habis n hembus² (dr jauh pun takpe..) ke muka pempuan ngokngeks tu next time perjumpaan.. so dat lidah dia kelu utk berkata² ..

i.s.z.a.n said...

as:
i rasa klau u dok kat tempat i pun u akan buat benda yg sama. she kicked me out like a dog, rasa marah tu masih membara dalam jiwa, sebab tu la bley menjawab. thx for you support babe, terharu i :)

ealyie:
thanks nyah. aku xkisah klau kes ni gagal sebab sekurang-kurangnya i made something so aku takkan menyesal

croft:
thanks babe.

intan:
mekasih nyah :)

julie:
mekasih jugak krana menyokong aku

azah:
mekasih untuk doamu itu, amin.

Mimi:
betul babe, i tak tau apa sebab dia macam benci sangat ngan i sedangkan i laaaaaaaaaaaaagi benci ngan dia atas apa yang dia buat

CY:
haha, thanks babe :)

dy:
thank you for your support babe :). i really appreciate it

Ms Lola said...

aku suka nyah. LAWANNNNN!

Unknown said...

you go girl!
tabik spring ah dengan ko. kalau aku, tak reti dah nak buat apa.

MS said...

salam

aku kerap terjah baca ni 1st time nak komen

apapun LAWAAAAAAAAAAAAAAAAAN

noniey said...

betul tu.. ko kena fight betul2.. jangan mengalah.. biar dia tau siapa lawan dia nih..

i.s.z.a.n said...

ML:
i am, right now :)

Zety Zin:
mekasih babe

Mama Adib:
baiklah :), thx anyway

noniey:
yer lah, mekasih yer

Ibu Aimy said...

go go chaiyuk iszan.. semoga ko berjaya.. itu doa aku.. aminn

KS said...

i akan sentiasa mengikuti kisah ni.. dont worry i know u boleh menang! cuma benda2 camni kena sabar banyak sebab amik masa dan bukan mudah..

take care iszan :)

CiKaYu said...

cik iz,
i tgh buat assingment pasal employemnt & industrial law. ada 1 kes lebih kurang dgn u ni. the Claimant menang kes. dia kena dismisal without cause. nk tgk kes tu i can email u.

i.s.z.a.n said...

mas:
thanks mas :)

KS:
thanks KS, it's because of you jugaklah yg i can go this far, tqsm

CikAyu:
x pnc ke? bley gak babe noriszan17@yahoo.com