There was an error in this gadget

Benjol

Thursday, March 25, 2010

Nampak? Nampak tak dahi budak ni yang bertelur tu? Besoo tuuu, xnampak ke? Pi cek mata kalau tak nampak :P.

Ni le akibatnya kalau sembahyang 'kuat' sangat. Dah di cakap berkali-kali, "Fal ikut Mama", ehhhhh dia plak "Mama ikut Fal", sunat pun belum ada hati nak jadi imam. Tunggu la ko beso sket nak kot nak imamkan mama pun. Ni ko wuduk pun stakat basuh muka, tangan (itupun kiri dulu) ngan kaki. Nanti dah beso jangan mama soh jadi imam ko lari sebatu pulak, sudah!

Ni terkena masa dia nak sujud. Gila kuat dia sujud gedegonggggggggg bunyi dahi menyembah sejadah. Pastu terus terduduk gosok-gosok dahi. Habis je aku bagi salam terus "sob sob..Mamaaaaaaaaa, awawakbar buat..sob sob".

Lenkali dengar cakap mama yer budak.


8 remarks:

Ms Lola said...

ok la anak ko tunggu ko lepas salam baru nak ngadu. kalau anak aku, dan2 tu jugak!!!!

Ealyie said...

Allahuakbar... confirm sejuk pewot ko nyah mengandungkan dia dulu..isk..isk.. Aku terharuuuuu... ;)

Zety Zin said...

aku tergelak tang "awawakbar buat...". hihihi. comel je.

mazzuana said...

Kalo adam habis dah dia meraung kat situ...babe, tuam ngan kain panas, or balut telur rebus panas ngan kain then tuam...

C!kpuanmuda said...

alahaiii.. awawakbar buat...

mama hannah said...

cutenye!awawakbar buat :D awawakbar tuh refer pada sejadah kot :) sian sejadah tuh :D

*juliet le sweetheart said...

besar tu iszan... telur kelas A tu. :) tuam dengan kain panas. nanti cepat turun benjolnyer...

isz_3707 said...

ml:
dia takut kene marah ngeeeee

ealyie:
tp kekadang aku pening gak bila aku amik wudu', dia ikut pastu ada katun dia ckp xnak smayang, aku klau ok-kan kang dia igt solat bley suka2 tp nak paksa dia kecik sgt lg.

zety:
dia azan ke smayang ke sejadah ke songkok ke telekung ke suma awawakbar

mazz:
meraung gak dia pastu, sakit gamaknya haha. dah tuam dah:)

CPM:
aku kene pukul ok sape yg buat dia wpun dinding ke lantai ke atau tgn dia sdiri ke apa

mamahannah:
itulah, sejadah plak yg salah

julie:
ha ah, dia jarang benjol2 ni, asikla dia tgk kat cermin