There was an error in this gadget

Isu yang tidah berkesudahan

Monday, March 29, 2010

Apa lagi kalau bukan GEMOK!

Aku dah gemokkkkkkkkkkkkkk, benciiiiiiiiiii.

Orang lain gemok ada hasil, aku gemok ngan lelemak tepu geleber sana sini. Dah tak tau nak wat camne. Aku ni jenis manusia asal nak makan je rasa bersalah. Senang cerita aku nih makan sebab nak terus hidup je la (Ahad lain cerita, ahad always hari makan-makan). Tido pun manader lebih. Siang aku takde tido. Malam pun mana pernah tido sebelum pukul 12.

Inilah penangan bila tak bekerja. Takhal ligat jugak buat kerja rumah tapi tetap la rasa badan menggemok. Maybe sebab tak stress kot, kalau kerja kan stress (alasan x logik, nak sedapkan hati sendiri).

I've tried Herbalife (yucks), PB (xkoser dah nak jerut badan) and Usana (sampai termuntah-muntah). Kesan tu ada tapi aku tak daya nak telan.

Betul la gaknye orang cakap, tukang masak tu gemok bukan sebab dia makan masakan dia tapi sebab bau-bau hasil dari masakan dia yang terpaksa dia hidu semasa memasak. Aku kan suka masak (alasan lagi).

Tapi kan..aku memang tak suka makan apa yang aku masak (walaupun sedap haha, sila tunjal kepala aku :P), tapi..pastu..aku pi makan benda remeh-remeh tak berenti..pastu aku makan fast food..mana tak gemok.

Ni anak baru sorang, kalau tambah lagi agaknya camnelah rupa bentuk aku dengan pertambahan lelemak tepu tu nanti. Mau bolat cam LocoRoco pas makan bunga 15 ketul Barney kesukaan Naufal. Pastu tinggal spray kaler pepel je lah.

Kalau terserempak ngan aku, tolong jangan tanya aku dah mengandung brapa bulan, sesia korang aku bagi flying kick karang.



7 remarks:

CiKaYu said...

cik iszan, gi exercise petang2 dgn naufal...tak pun suh naufal lari jauh 300 m pastu hang kejar lah dia...

knv said...

ok aku ada spray kaler pepel ni hah. ko nak sebotol?

kahkahkahkah!

sabau ajelah labuuu!

:P

p/s: aku pun dah menggemuk. ni tgh kalut nak diet balik. dah? asik makannnnnnnnn je! padan muka aku!

CY4.0 said...

nok.. berat aku pun dah statik.. and it still far far awayyyyyyy from pre-preggy weight.. PEJAMKAN MATA saja..

Mummy Dasy said...

gemok,,, tul tu pejamkan mata jek, nak turun mendadak tu mmg xkan bolehnye... me ni ha dah macam tong drum bergerak dah ha, angan2 nak kurus ada tp nak usaha tu malas bebeno..

isz_3707 said...

cikayu:
setakat b2 ngan Naufal x dapat pelepasan En. Slurpee, lagi la utk xtvt yg xtau jaminan keselamatannya. tapi klau nak tunggu dia balik keje alamatnya berjogging kat kayangan le. klau nak berlari kat rumah sekangkang kera ni, belum bukak langkah dah sampai tembok lg 1 haha

knv:
berbaloi la ko gemok sbb ko makan kak, aku ni gemok jugak wpun kurang makan, INI TIDAK ADIL! :P

cy:
pejam mata bley tp tetap rasa tummy bergegar2 camne?

MummyDasy:
betol, sama la i, tengok depan lebar tu, tengok tepi pun lebar tu gak heeee

mazzuana said...

babe, sungguh terkesan entry mu ini padaku...ewahhh...ada ke sorang makcik yang dah lebih 6 thn kot tak jumpa boleh tanya haku ngandung baper bulan? sib baik ko orang tua kalo tak mau kena laser sedas dua....huaaaa benci la camni...

isz_3707 said...

mazz:
dah kawin pastu ada anak ni bab bumper depan mmg xleh sorok la nyah tp xleh beza ke ada isi ke xde? sengal haha