There was an error in this gadget

Lelaki ini

Thursday, March 4, 2010




Hari ni adalah birthday lelaki kesayangan saya dan anak saya (saya harap tiada wanita lain yang bukan muhrim yang menyayangi lelaki ini) mengikut kad pengenalan. Birthday bebetul adalah bulan lepas, 18hb.

Lelaki ini sekarang amatlah sibuk. Nak nampak muka pun payah. Dia pulang bila embun jantan dah keluar. Dia pergi kerja saat anakanda nya masih lagi di lalaland. Sangat sibuk lelaki ini mencari rezeki kerana bininya malas nak tolong dia cari rezeki.

Tiada apa yang spesel saya buat untuk lelaki ini.Hari ini saya masakkan apa yang ada di rumah ini untuk lelaki ini. Ketupat, serunding, sambal kacang, ayam kicap dan rendang daging. Itu semua bukan kegemaran lelaki ini. Isteri apakah yang lelaki ini miliki?

Hajat dihati hendak dibelikan kek buat lelaki ini tapi nampaknya tiada rezeki lelaki ini untuk memotong kek di hari-lahir-mengikut-IC-nya kerana saat si isteri siap mengasapkan dapur, anakanda telahpun selamat beradu. Lambat beradu maka lambat lah pula bangkitnya. Alamatnya kek ke mana dia ke mana. Nasib lah.

Untuk lelaki ini, selamat-hari-lahir-mengikut-IC. Semoga sentiasa bahagia di samping seorang lagi lelaki kesayangan saya dan juga diri saya sendiri. Saya dan anakanda sentiasa mendoakan kesejahteraan lelaki ini.

Wahai lelaki ini, saya sayang kamu. Saya percaya anakanda kamu pun sayang kamu walaupun bila di tanya "sayang papa tak?" pantas saja dia jawab "tak". Kami akan sentiasa bersama kamu walau susah, walau senang. Maafkan kami kerana selalu memekak bila kamu pulang lewat. Apapun, tanpa kamu, siapalah kami.

Kami,
Mama & Naufal

p/s: Rocky, Kecik, ikan emas, ikan putih dan ikan puyu juga mengucapkan selamat hari lahir buat kamu!




8 remarks:

CiKaYu said...

mmg syahdu betul baca...anyway, happy birthday ikut ic mr iszan

isz_3707 said...

cikayu:
thanks babe :)

Mummy DaSy said...

lorr ada 2 birthday hehehe...
happy b'day ikut IC ye...

green apple said...

babe, aku tak publish tau komen kau. aku taknak ada apa2 kesusahan di kemudian hari. kira like u know i know, ok?

isz_3707 said...

mummy dasy:
ha ah, lambat register gitu ;)

green apple:
haha, it's ok babe, readers blog ni tau kot sebab aku ada buat tag pasal dulu reveal who i am dulu. memember aku yg lain mmg tau jugak :). tp ok gak ko xpublish ngeeeeeeeee

Ealyie said...

oo.. En Lelaki Ini Puan Iszan,
meh la kita sambut besday sesama dgn anakanda beta semalam jua kekdahnya tapi lupa nk jemput.. ahahaha.. kek kocik sepotonmg mama-kedekut-haram kat anak aku ko tau... ;p

MommyDania said...

selamat hari jadi ikut ic jugak.

isz_3707 said...

ealyie:
mak x paham bebelanmu :P

mommydania:
mekasey ;)