There was an error in this gadget

Maaf? Apa tu?

Friday, March 12, 2010

Jawapan untuk entry sebelum ini.

Bukanlah jawapan pun sebenarnya. Tapi pada aku, tiada makna kalau memaafkan seseorang sedangkan kau tak mampu nak melupakan perkara yang kau maafkan. It's like a timebomb. Semuanya terperap lama, tunggu masa untuk meletup.

Being iszan, aku memang susah nak melupakan sesuatu perkara. Pernah aku berdoa untuk biarlah aku di hilangkan ingatan untuk part yang begitu melukakan aku supaya aku tak perlu ingat lagi. Bila aku tak ingat, aku takkan terus melukakan diri aku dan diri orang yang kononnya aku dah maafkan tapi hakikatnya tidak.

Tiada ertinya kemaafan sebegitu pada aku.

Kadang-kadang aku confuse, apa tu maaf?. Mampukah luka yang terhasil, sembuh hanya dengan kata maaf? Kalau sembuh pun, parutnya akan tinggal. Melihat balik parut itu pasti akan terkenang balik apa yang telah berlaku. Bila terkenang, tak banyak sedikitpun luka tu akan terasa ngilu.

Memaafkan seseorang dan tidak lagi perlu berhadapan dengannya lagi pun tidak mudah, apa lagi jika memaafkan tapi masih perlu berkomunikasi dengan pihak yang pernah melukakan.

Jika aku rasa begitu, aku yakin, orang yang pernah aku sakiti juga akan rasa begitu.

Tapi Allah Maha Adil, takkan di uji hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu mengharunginya.