There was an error in this gadget

Terkesan

Friday, March 26, 2010

dengan entry MN yang ini.

Untuk yang tiada access ke blog beliau, biar aku paste ayat MN yang sangat terkesan pada aku (izinkan aku MN).

"Kita kena solat. Minta doa banyak2 pada Allah supaya Allah tolong kita. Orang yang solat akan berjaya. Kalaupun kita susah kat dunia ni, nanti kat akhirat kita akan senang..."

Aku manusia yang lemah. Walau aku tau mana baik mana buruk tetapi terkadang tetap terdetik dalam hati walaupun tanpa aku pinta.

Maksud aku..aku kekadang terfikir, kenapa aku yang 'begini', tidaklah alim tetapi *malas aku nak describe, pepaham sendiri sudahlah* tetapi terasa mahalnya rezeki aku. Maksud aku in term of kerja. Sampai kadang-kadang aku rasa aku adalah seorang Loser. Aku tengok orang keliling aku pulak, ajaran Islam ke laut tapi di limpahi kemewahan dunia.

Ampunkan aku Ya Allah kerana pernah terdetik seperti itu.

Kata-katamu pada Aniq wahai MN seakan wake up call pada aku. Mungkin aku tak nampak apa jalan yang ditunjukkan untuk aku. Mungkin semua yang aku minta bukan yang terbaik untuk aku. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kuserahkan segalanya pada-Mu ya Allah. Biarlah aku susah di sini tapi ko berkatilah aku bila aku di-sana nanti, amin.

11 remarks:

MN said...

apa yg aku ckp kat aniq tu utk diri aku sendiri jugak beb.
kita tak tau apa yg Allah rancang utk kita esok2...mungkin kalau kita tak dapat apa yg kita nak tu sbb Allah tau itu bukan yg terbaik utk kita.
Wallahu a'lam!

knv said...

beb, orang panggil itu istridraj.

walaupun allah murka, dia tetap bagi dan bagi dan bagi dan bagi. tapi tak semestinya Dia redha dengan hambanya itu.

kalau aku down, aku sentiasa ingat2 balik akan ayat 22-23 surah al-hadid.

(21) Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.>


selagi kita berusaha, janganlah rasa keluh kesah beb. sesungguhnya allah itu lebih mengetahui. apa yang kita tak dapat sekarang, allah ganti dengan yang lebih baik dikemudian hari.

i feel u, because i think we are in the same boat now.

my life here, at one point tu aku rasa nak merajuk ngan allah (astaghfirullah!!), down yang amat sebab aku rasa susah sgt nak dapat apa yang aku usahakan.

so the verses in Al-hadid really did it for me.

i hope things will be better for u soon. take care.

CY4.0 said...

beb, agaknya ni yg orang kata, susah2 dulu, senang2 kemudian.. anyway, k Ana, thanks for sharing that beautiful hadith.. appreciate sangat2..

yeah, i do believe, tak dapat kat sini, insya-ALLAH ada pintu lain yg terbuka..

all the best for all of us.

knv said...

yan, bukan hadis yang. ayat al-quran surah al-hadid. actually ayat 23-24. tersilap lak kat atas tu.

sama2 buat panduan. :-)

MN said...

kak non, thanks for quoting! nanti saya cari kat tafsir.

mudah2an...

vogue said...

bagoskan kita sama2 ingat mengingati...aku pon tumpang 2 kaki...ngee

KV said...

rezeki masing2 kan, apa pun kv selalu ingat, kalo kv rasa terkurang kat satu benda, kena ingat apa yg terlebih yg Allah bagi pada kv. Insyaallah lepas tu rasa 'aman' je.

isz_3707 said...

MN:
itulah, semuanya ada hikmahnya

KNV:
thanks sis, terkena aku dengan surah itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Besar, apapun yang diturunkan adalah kerana DIA tahu yang hamba-Nya itu mampu memikulnya.

Walaupun agak keji tapi bila mengetahui ada orang lan yg pernah rasa macam aku rasa, ianya melegakan aku.

CY:
betul nyah, aku harap kesusahan yg aku alami skang berbaloi pada masa akan datang

vogue:
2 tgn lagi tolong doa sama2 :P

kv:
betul, manusia sering lupa, 1 yang tidak di bangi sibuk di bragging tapi beribu-ribu lain yg diberi taknak pulak bersyukur, MasyaAllah

CY4.0 said...

ya ALLAH.. apa kena mata gue.. dah 4 pun tak perasan.. harus kena lasik gamaknya.. ngee..

thanks for pointing that out.. sayang korang.. (eh, ni comment box blog aku ke?)

Ealyie said...

tumpang2 baca entry dan baca komen kalian semua.. mmg TERKESAN! TERKEDU! utk aku la..:(

isz_3707 said...

cy:
xpe cy, anggap je la camtu haha

Ealyie:
aku hanya bersungut, mereka-merekalah yg menenangkan hati ini, terima kasih kepada mereka *standing ovation* tetiba