Beware of what you ask for..

Tuesday, April 13, 2010

..because you might get it.

Refer to this post. It was published more than a year ago. Masa aku tengah krisis dengan bos kat tempat kerja lama.

Memang aku doakan company tu lingkup. Dan tak sangka ianya jadi nyata.

Bebaru ni aku sms ex-clerk aku kat situ nak tanya khabar sebab aku nampak message dia dalam fb hidup segan mati xmau aku tu. Dah sudah tanya khabar, aku tanya la soalan biasa "ko keje situ lagi ke?" sebab dia memang sibuk nak resign dari sejak aku dok sana, cumanya dia takbley resign tanpa kerja baru (di situ untungnya aku) sebab dia belum kahwin and kena tanggung parents dia.

Terkejut la jugak bila dia cakap co tu tinggal bos, dia ngan account clerk tapi dia ngn account clerk tu dah tender resign, bln ni last. Bila aku tanya mana 2nd boss (big boss's son) dia cakap da lama benti sebab 5 bulan tak dapat gaji. Sampai skang pun gaji 2nd boss masih pending. Yang lain pun suma dah cabut. Lepas ni tinggal bos sorang je.

Masa aku keje dulu, aku baik dgn 2nd boss. Dia baya aku. Dulu dia drive Honda City lama tapi bapak dia tradekan dengan new Camry. Camry tu jadi co's car tp ex-clerk aku cakap bapak dia dah jual Camry tu. Naik apa la dia skang gamaknya.

Sebelum dia kerja dengan bapak dia, dia kerja kat genting. Memang masyuk la kata dia. Gaji 5-figures tapi bapak dia paksa balik tolong co dia sebab kata dia co tu nak bagi kat anak dia.

Memang ex-bos aku ni tak berubah. Aku bersyukur la aku tak pilih untuk terus berada di situ sebab bos aku jenis tak reti hargai pekerja. Tapi setakat ni, aku masih lagi pekerja paling lama berkhidmat di situ.

Padan muka ko bos! (bley?)

Aku tak mampu nak kesiankan dia. Dahle dah tua tapi tak sedar-sedar. Orang kerja macam nak mati, duitnya dia ambil buat joli. Beli kereta cam beli baju. Pi holiday manjang takhal supplier, sub-con suma tak bayar. Mr Slurpee sampai skang asik sub-con tanya payment sebab ingat aku masih lagi kerja sana.

Mungkin bukan aku sorang yang doakan co dia lingkup, sebab tu lingkup betul.

6 remarks:

jua said...

iszan, hang ingat masa aku sembang pasal company laknat aku dgn hang dulu. tak bagi gaji ciput aku tu RM1200. kira aku ni baiklah, takde nak demand2 nak gaji sampai RM2-3k untuk degree aku. RM1200 tak bayar2 sampai sekarang. Kan laki aku ajak berak depan tangga ofis lama...hahahah. sekali aku round last week, tinggal signage logo je kat block tu, dalam2 dah kosong.

aku tak rasa pindah office sebab ada sorang kakak kerja dgn aku pun blah kata tak bayar gaji. ini lah masalah company melayu, tender masuk kaw-kaw tp xreti jaga account. sibuk nak beli bmw 5 series dulu. jagalah kebajikan staff, atleast masuk gaji tepat waktu & tolak epf socso. ini nak megelat.

Along said...

Sedihnya baca entri ni...ur x boss melayu ke? Buat malu je...camne la nak maju?

ps: I like ur blog. Kena carik masa baca ur past entries...:D

i.s.z.a.n said...

jua:
co aku co cha ya nun alif nyah tp sama je. bley x dah beli new accord dia beli lagi new camry, new fortuner, new pajero ngn new merc, tp suma utk dia drive. dr bli kete dia baiklah bli lori utk site ke apa, sengal! mmg xberkat klau kerah tenaga org pastu xbayar kan?

KV said...

kalo 40 orang doa, mesti lingkup punya. Orang cakap la. Hehe

i.s.z.a.n said...

along:
x babe, cina. eh, i xvisible kan past entries selain dr apa yg ada kat sini, anyway welcome ;)

i.s.z.a.n said...

KV:
itulah, staff je lebih 30 org, ye la gamaknye tu heeeee