There was an error in this gadget

Jiran

Monday, April 26, 2010

Aku pi umah sebelah sebab dapat sms mak dia dah nazak. Lepas bacakan yassin beberapa round orang makin ramai. Aku paling muda. Aku tak bawak anak so org ingat aku budak lagi. Bila ramai orang datang yang semuanya pangkat mak-mak, aku bagi la laluan. Aku berdiri kat dinding.

Datang jiran depan ni, dia boleh salam semua orang termasuk kiri dan kanan aku tapi dengan aku tak, boley?

Aku yang hulur tangan kat dia lepas tu.

Jiran aku ni memang tak suka aku. Dia cakap dengan jiran-jiran lain yang aku ni jenis yang tak boleh di buat jiran. Punca dia cakap macam tu bebaru ni adalah disebabkan kes 2 ke 3 biji kereta dia kene pecah cerminnya gara-gara bebudak In.dia bergaduh bawak parang.

Kejadian berlaku pukul 3 pagi. Aku sedar bunyi orang bising-bising, bunyi motor and bunyi kaca pecah. Tapi Mr. Slurpee baru je balik kerja masa tu dalam pukul 1 lebih. Aku tak nak la kejut dia sebab kesiankan dia penat. Dahtu takkan aku yang nak keluar kan? Buatnye kepala aku yang kena penggal, naya. Actually one of our car ada sederet ngn kereta-kereta dia tapi Alhamdulillah kereta kami selamat.

Bermula kejadian tu dekat 2 bulan lalu, dia makin menunjuk-nunjuk rasa tak suka dengan aku.

Sebelum ni pun dah macam-macam dia kata aku sampai semua jiran kat sini pandang kami semacam. Masalahnya aku jadi macam ni sebab dia. Aku tak campur jiran area ni (kecuali beberapa family) adalah sebab mulut dia.

Aku benci dapat jiran macam ni sebab tu bila ada rumah nak jual area ni aku taknak beli, aku taknak berjiran dengan dia.

Payah sebab dia orang tua. Apapun tetap aku yang nampak salah. Benci, tapi aku lagi suka hidup sendiri macam ni.

Kalau ada anak-anak dia terbaca pun aku tak kisah sebab memang bukan salah aku. Puncanya dari kejadian aku amik Naufal dari jagaan dia masa Naufal habis pantang dulu melarat-larat ntah pape.

Aku tau la pesen orang macam ni. Dia datang umah aku dia jaja cerita jiran-jiran lain termasuk menantu dia. Dia pergi rumah orang lain kompom la aku plak jadi bahan bualan walaupun aku memang tak bercampur hidup kat sini.

Hmmm, ntah le. Semoga kalau dikurniakan rezeki untuk aku miliki rumah sendiri 1 hari nanti, aku tak dikurniakan jiran seperti ni.Amin.

5 remarks:

♥ LeeN ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ LeeN ♥ said...

betul. kalau dengan orang tua, macam mana pun kadang-kadang kita tetap nampak salah. aminnnn utk doa akak tu.

btw, saya punya blog link dah tukar tau kak.. nnt akak update taw
http://blog.linsharliana.com

ohh lagi satu sebelum acik lupe. layout adalah sangat kemas dan simple dan menarik okeh.

KV said...

amin. Mmg geram kalo dpt jiran yg hazab. Jiran sekangkang kera mek mmg menaikkan amarah sokmo tau!

CiKaYu said...

jgn layan. buang masa u je...

isz_3707 said...

leen:
baik dik :) mekasih atas pujianmu

KV:
susah la idup camni, xbest!

cikayu:
memang!