Mulut tempayan boleh di tutup, mulut orang..

Monday, April 5, 2010

..ko jawablah sendiri.

Aku sebenarnya malas nak blog pasal benda ni. Aku cuba simpan tapi ternyata ianya begitu menyesakkan otak aku yang dah sedia sesak ni jadinya aku ambil keputusan untuk luahkan jugak kat sini. Peduli apa aku.

ISZAN TU ADA MASTER TAPI TAK NAK KERJA.

Honestly, aku SANGAT sedih mendengar statement tu, apa lagi ianya keluar dari mulut orang yang mengaku follow blog aku dari dulu, dari anak aku kecik, dari zaman Naufal baby. Naufal sekarang berumur 3 tahun dan 3 bulan. Kalau ko cakap ko follow sedari Naufal baby maknanya sejak awal aku blogging lagi memang ko follow (kecualilah ko saje reka-reka cerita cakap ko follow aku dari dulu. Ok, let me clarify this, FOLLOW di sini bermaksud bukanlah menjadi Follower dengan menekan button Follow Me kat tepi tu ok, follow di sini maksudnya mengikuti blog aku ni dari awal, regardless ko tekan button tu ke tidak sebab aku peduli apa ko tekan ke tak) sebab aku mula blogging pun masa Naufal dah ada dalam perut.

Aku rasa, aku selalu mengeluh kat sini pasal kepayahan aku nak dapat kerja, aku merungut penat dok umah dan aku nak kerja, aku membebel aku dah bosan takleh shopping sebab aku x earn anything which means (kalau ko boleh guna otak untuk menilai) aku nak kembali bekerja.

Malangnya, tak sesuai aku cakap malang sebab aku tak kategorikan diri aku malang pun. TETAPI (lagi sesuai kan?) rezeki masih tak menyebelahi aku. Salah aku ke? Ok, I did received few offers, pada yang rapat memang tau la, tapi patutke aku terima bila apa yang di tawarkan tu langsung tak berbaloi.

Sebelum keluar ayat-ayat power yang lain, biar aku bagitau. Tak berbaloi bermakna gaji yang di tawarkan sangat kurang sehingga aku tak mampu menampung perbelanjaan aku keluar bekerja. Perlu ke aku terima walaupun aku minat untuk kerja seperti itu. Aku kalau keluar bekerja dengan niat nak membantu keluarga, tapi bila aku bekerja tapi suami aku terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih berbanding aku dok umah, harus ke aku terima? Kalau ko di tempat aku pun, adakah ko terima?

Banyak point boleh aku cakap, bukan untuk bela diri, tapi untuk menjelaskan tapi rasanya memang useless. Sesetengah orang just don't want to understand, so why do I need to bother myself to explain kan?

Kalau di takdirkan untuk aku terus duduk di rumah ni membesarkan Naufal, aku redha. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Walaupun selalu aku mengeluh.

Adakah aku yang silap? Banyak benda yang berlaku yang tidak aku blog tapi aku TAK PERNAH rasa blogging setiap benda itu 1 kemestian. Kalau nak cerita semua benda, 1 hari 299 entry pun boleh tapi aku peduli apa. Aku blog benda yang aku rasa nak blog. Peduli apa aku benda tu berfaedah ke, menjelaskan sesuatu ke, memberitahu sesuatu ke sebab aku takde kontrak papepun dengan blog ni. Aku suka, aku tulis, aku tak suka, I let it sleep.

Tapi kalau bab kerja ko kata aku TAKNAK memang aku sentap. Siap nak highlight qualification aku kejadah?

I attended few interviews. Mostly dengan syarikat besar. Ada 1 tu siap kene training kat UK about 2 weeks. I didn't blog about it. Salah ke? Aku amik beberapa exams, assessments, tests dan macam2 lagi lah, and yes, i didn't blog about it either because I don't feel like I want to , salah ke? But please tell me this, itu semua bukan usaha ke?

Ada beberapa positions yg perlu macam2 test aku buat, ada 1 tu sampai 4 stages took about 3 weeks to complete tapi rezeki aku belum ada. Aku kecundang juga masa interview. Aku tak tau di mana silapnya. Mungkin tiada silap (saje nak sedapkan hati sendiri) tapi tiada rezeki. Ke maybe aku gugup bila kene interview dengan panel mat and minah saleh? Tapi kalau nak cakap pasal silap (tadi ko cakap takde silap, ko pesal pompuan?) mungkin sebab aku terlalu jujur kot. Believe me, ko janganlah percaya suruh ko jujur masa interview sebab panel bukan jenis nak faham walaupun ko jujur, dia takde masa nak fikir banyak. Kalau dia rasa ada point ko K-O walaupun benda tu bukan salah ko, ko tetaplah K-O di mata dia.

Ok, being me, aku tak suka share benda secara terang-terangan. Aku memang jenis manusia perahsia, even dengan family and my dear husband sendiri. Salah ke? It's just me ok.

Cerita tentang sifat perahsia aku, masa aku nak bersalin dulu, aku pesan husband aku supaya jangan bagitau mak aku sampai aku dah selamat bersalin. Niat aku cuma taknak mak aku susah hati sebab a day before i was admitted after my waterbag's broke tu mak aku jatuh pitam, dia tak sihat. Itu niat aku tapi aku silap walaupun niat aku baik (pada aku lah). 3 hari aku sakit still tak boleh bersalin. Tapi mak aku dapat tau from my sis sebab husband aku memang tak bagitau mak aku (because aku yang mintak camtu kan?) tapi aku tak suruh dia jangan bagitau my sis. Bila mak aku tau je, dia call and dia cakap aku takkan bersalin hari tu (waaupun masatu azabnya ALLAH saja yang tahu). Ko tengok betapa kuat kuasa seorang mak. Ok, moral of this story SEPATUTNYA betapa aku seorang perahsia tapi dah jadi makku power rangers pulak.

Another cerita pasal aku si perahsia adalah when I received a call from that bitch mintak aku datang interview, aku tak cakap pun ngan laki aku. Aku pergi sendiri dengan segala test, beberapa rundingan lagi sampailah offer letter sampai baru aku bagitau husband aku, boley? Again, patutnya kisah tu pun nak bagitau betapa aku seorang perahsia tetapi jadinya 'aku seorang yang sengal, nak pi cari rezeki tp tak mintak izin suami dulu, sebabtu tak berkat sampai kene pecat' haha.

Malas lah nak cerita. Suma yang aku nak cerita tak kesampaian. Lain aku nak cerita, lain plak cerita yang keluar.

Ok, kesimpulannya, kalau korang one of this blog reader, adakah korang juga berpendapat aku TAKNAK kerja?

Sekian.

Aku yang kesian,

22 remarks:

aLiYaHaRiZ said...

assalamualaikum..sedih bila wani baca entri kali ni. Kenapa orang luar suke nak menyibuk n nak buat conclusion?? Lantaklah org ade master ke phd ke..dia susah kenape??

Isz jgn sedih2 ok. anggaplah orang luar tu hanya ilusi..dah name pun mulut orang. kalau mulut nyamuk dah lame kite bunuh..hikhikhik...

Mamamarina said...

babe.. mmg btul even ade blog bkn sume bende kite cite kat sini kn.. ade yg kite rase nk share.. kite share.. ade yg x nak share.. ten buat dima je lah kn?? statement kekonon follower u tuh mmg bikin sentap jugak kalau kene kat I.. tapi tu laaa.. adeorg mmg saje xnak faham and dont bother to explain.. tp ok laa kalau meluahkn kat sini dpt release and to make sure u r not alone.. then u r!!

Mai Okinokiyo said...

ha mmg tak ramai org tau sbb ko jenis xciter sgt.tp aku tau ko asyik ckp ko nak keje jek sampai aku xpaham kahkahkah

azdra-azdra said...

aku tak faham ada wujudnya orang yang pening memikirkan orang lain smpi dia bawa mulut ntah apa2..

aku senang jer.. aku tak faham, aku diam. aku faham, aku diam gaks.. walaupun aku asyik silent jer..

takperlah zan, harap ko tabah. Allah dah rencana apa yang terbaik utk hambanya.. just ignore them k..

p/s: lantak pi dia org la..

sisdee said...

emmm rasanya org yg ckp tu lagi kesian..sbb mulut n tapak kaki dia tak de beza muahahahahaha gile...

mcm le u minta duit dia kalau u tak keje pun :p

Juliet Le Sweetheart said...

sabarlah iszan... mulut orang, bukan boleh kiter control. lebih-lebih lagi kalau memang orang yang jenis suka buat cerita dan jual cerita sana sini.
tapi aku pun sakit hati gak kalau aku kat tempat kau. sedap-sedap mulut dia jer kan... sabar... sabar...

cysev3n said...

some things just not the way it seem.. (sila abaikan past tense + present tense bagai..)

biasa la nok, orang buat assumption ikut apa yg dia baca, apa yang dia nampak.. so, to get the real story, KENA lah tanya sumber cerita yang dibaca itu, kan? kalau takmo tanya, sila letak assumption tu jauh2 dalam lubuk hati..

cikayu said...

apa yg dirancang tak semestinya berjaya terlaksana, hanya ALLAH yang maha mengetahui. mereka-mereka yang sibuk bertanya tu biarlah dia dgn labu-labunya.....mulut org mmg tak leh tutup smp bila2 kecuali dh tiba ajalnya. bersabar ye cik iszan...

mazzuana said...

haku pun follow blog ni dah lama dah aku rasa, tapi aku bagai nak rak ko nak keja..ala kesimpulannya biarkan mereka dengan mulut puaka mereka itu.

Ealyie said...

hmm.. tak habis2 kisah org mendengki ngan ko ek nyah.. takde apa la aku bole cakap kat kau kecuali sabau dan IGNORE kan si sengal yg sebegitu.. bukan bermaksud aku membodek ko ke hape sbb aku tau takde pekdah..kakakaka.. Bior le si dia terjun dgn labu2nya.. lagi ko layan lagi sakit kepala je, buat hape.. Coollll bebeh..;)

KS said...

iszan,

btol2... tak semua benda kita harus cerita. after all, this is just a blog.. bukan nak buat dokumentari hidup pon :P (even dalam dokumentari pon takde cerita sedetailnya hehe)

biarlah mereka nak cakap apa. hidup you, you lagi tahu. mmg tak boleh nak elak dari orang yg berkata2 tu.. tapi bila penat dan lidah tergigit kesakitan, tahulah diorang diam keke...

KV said...

err...walopun hakak baru je follow blog ni, tapi hakak tau hang struggle sunggguh carik keje. Huhu

jua said...

mana tah pergi komen aku puost pagi tadi? ke aku tak post.

Crazee Choc's said...

i really admire my SIL... ada master juga... kat UK lg ha.... skrg jadi SAHM just nak besarkan anak2 dgn air tgn sendiri... n my ex room mate lg best.. tak kerja juga tp still sambung master. mmg hebat... u pun sama.... not to worry...

IntanSham said...

beb.. the thing is, org mcm tu ko x yah layan, ko x keje ada menyusahkan idop dia ke?? bangang hokehhhhh... xpe beb, sabo... selain si sengal tu, ramai lg kawan2 yg memahami ko..

Anonymous said...

What's with these kind of people who likes to judge? Very shallow lah!

Dia tak tau berapa ramai pompuan di luar sana yg berpelajaran tinggi tapi nk dok rumah and besarkan anak dgn tangan sendiri (and one of them is me).

There is nothing wrong with being a SAHM. In fact, that's a very noble thing to do. Pengorbanan yang sangat besar.

knv said...

Sesetengah orang just don't want to understand, so why do I need to bother myself to explain kan?

exactly the point!

please don't feel that you need to justify yourself to the un-derserving.

banyak orang kat luar tu hanya tahu sebahagian cerita. the worst thing, they passed judgement from the little that they know. how bongok is that?

untuk orang2 macam ni,

'please talk to the hand' and GTH.

stay cool yeah. :D

Ibu Aimy said...

ala iszan biasala tu mulut org... ko buat hal ko je dah la.. pedulik kan laa.. lagi ko pk lagi ko sakit ati beb..

Unknown said...

dia jeles sebab dia takde master kot... hihihi...

ignore kan aje manusia yang bercakap ikut sedap mulut ni.

tapi pelik sungguh la bila dia kata ko TAK NAK kerja. dia ni baca blog ko ke tak sebenarnya???

vogue said...

hmmmppphhhh...

i.s.z.a.n said...

Ladies:
Thanks all. Sebab tu aku lagi suka mengabiskan masa bersosial kat sini dr kat dunia luar. Korang memang best. Mak terharu. Sekor yg buat taik ngan mak tapi sebenarnya ramaiiiiiiiiiii kawan-kawan mak di alam maya ni yang faham ngn mak. I love you all very very strong! *sob sob*

Mak kebizian sket. Sorilah xreply 1 1. Minggu depan mak free. Doakan mak berjaya walaupun tahap kondipen mak sendiri telah jauhhhhhhhhhhh ke laut nuuu ngeeeeeeee

MN said...

aku rasa org memang suka judge just by reading our blog. padahal blog ni sgt surface!