Sakit telinga

Friday, April 30, 2010

Aku ni ada perangai keji. Banyak sebenarnya. Antaranya kalau dah aku kata tak suka, bunyi sket pun aku tak bley dengar. Sakittttttttt je telinga aku. Kalau dah sakit telinga tu teruslah hati sakit sama.

Contohnya aku memang tak masyuk la Adam AF-keberapapunakutakpasti tu. Kalau tengah-tengah buat keje walaupun kat dapur skali berkumandang lagu Hotel Mania tu tang A, B, C, D, E, F, G tu lajuuuuuuuuuu je mulut aku menjawab paling tak pun "eii meluat betol la aku jantan ni". Never failed ok. Memang tak masyuk! Kalau ternampak muka dia kat tv tu cecepat le aku alih stesen sebelum berkoyan-koyan dosa aku collect sebab mengutuk dia.

Mulut aku ni kalau dah mengutuk memang tak bley cover-cover. Lelagi kalau laki aku takde and Naufal tak dengar, segala carut-carutan akan aku hamburkan. Yer, aku memang ke-syaiton-an di situ.

Skang ni plak bunyi yang aku langsung tak bley dengar adalah suara jiran depan aku. Keji, aku tau. Tak payah nak highlight kat aku. Aku memang tak pernah pun cakap aku baik.

Makin la aku tak nak dengar kan, makin la dia asik berkicau depan rumah aku ni. Cakap tak reti pelan macam nak bagi 1 jalan dengar. Meluattttttttttttt. Aku tadi tengah jemur baju bila dengar suara dia yang aku syak sengaja dibesarkan volume-nya bila tau aku mendengar, terus rasa cairrrrrrrrrr je taik telinga aku. Dan-dan tu terus rasa terbakar je hati dan perasaan ini. Syaiton apa lah yang dok kipas aku di hari Jumaat ni gaknye.

Tapi serius ok. Tak bley belah ngan makcik ni. Pastu dia komplot-komplot dengan orang lain tu nak mengata aku. Ingat aku kisah ke? Dia lah orang terakhir dalam dunia ni yang akan aku kisahkan.

Dahle, dosa ngumpat hari Jumaat. Macam hari lain ngumpat tu tak dosa, sengal.

Chiow.



AkuYangKeji,

2 remarks:

IntanSham said...

sama laa nyah aku pun keji jugakkk... tp lawak baca adaptasi kekejian ko nih... hehheheheh

KV said...

makcik tu duk kompang apa nok?