There was an error in this gadget

Happy Mother's Day

Sunday, May 9, 2010

To all you mommies and mommies-to-be out there.

Selamat Hari Ibu untuk my mom. Mak aku kompom tak baca blog ni tapi aku tetap nak wish dia kat sini.

Mak,

Banyak sangat dosa orang pada mak. Mak tau dalam banyak-banyak anak mak, mulut orang memang paling lancang. Orang bercakap memang sentiasa ikut hati. Tak pernah fikir hati mak dulu. Mak yang lahirkan orang, orang pasti mak memang dah masak dengan perangai orang yang satu ni. Maafkan orang kerana orang yakin mak selalu tersinggung dengan mulut takde insuran orang ni. Bukan salah mak. Mak dah didik orang sebaiknya tapi memang orang macam ni. Mak pun tau, orang memang tak reti takut dengan sesiapa melainkan Allah.

Mak,

Anak-anak mak memang selalu buat mak gundah gulana. Walaupun tujuan mak baik taknak lihat anak-anak mak berbalah tapi kami yang masih muda ni tetap ikut hati, ikut perasaan dalam setiap perbuatan kami. Maafkan kami mak. Salah kami tapi mak yang memendam rasa dengan perangai anak-anak mak.

Mak,

Dari kami kecik mak bersusah payah besarkan kami. Mak bergolok-bergadai nak sekolahkan kami. Tentu mak berharap bila kami besar, kami mampu senangkan mak. Maafkan kami kerana hingga sekarang mak masih lalui proses yang sama, sama macam waktu kami membesar. Jauh di sudut hati kami, kami nak mak rasa sedikit senang di usia mak sekarang. Kami mencuba mak, tapi mungkin juga usaha kami kurang, kami mintak maaf.

Mak,

Kalau nak di sebut satu persatu salah kami memang takkan habis. Mak maafkanlah semua dosa kami yang lepas tapi kami tetap yakin akan berbuat dosa pada masa akan datang. Kami manusia, berjanji tapi selalu memungkiri.

Mak,

Di hari ibu ini orang doakan mak sihat sentiasa, murah rezeki dan jangan di fikirkan sangat tentang kerenah anak-anak mu. Kami semua dah besar. Mak izinkan kami menanggung sendiri dosa atas perbuatan kami sendiri. Mak nikmati lah usia tua mak sekarang dengan apa yang mak inginkan.

Tapi,

Sebagai seorang mak, orang tau, selagi nyawa di kandung badan, anak-anak tetaplah keutamaan mak dan sebab itulah orang mintak mak sentiasa memaafkan kami.


Akhir sekali, mak, terima kasih dan maaf untuk segala-galanya.

Selamat Hari Ibu, Mak. Orang sayang mak!


Anak mak,

4 remarks:

KS said...

selamat hari ibu iszan :)

isz_3707 said...

KS:
selamat hari ibu for u too KS :)

Zety Zin said...

sayu lak aku membacanya. selamat hari ibu, beb :)

isz_3707 said...

zety:
thx babe, to u too ;)