There was an error in this gadget

It's (always) good to be back home

Saturday, May 8, 2010

Fuhhhhhhhh. Lega bila dapat balik umah. Selepas seminggu berada di perantauan (lah sangat).

Ada ke yang datang sini masa aku takde?

Aku yeye angkut netbook, broadband bagai tp haram xde signal bb baru ni.

Mana aku pergi?

Membakar diri yang dah siap sedia rentung nih. Main air kat Gambang Waterpark, bakar ikan dan bakar diri kat Pantai Sepat (kalau tak silap), berjemur di Cameron Highland yang langsung tak sejuk tu, berendam kat Lata Jarum, round KL, tengok lampu kat i-City, makan, makan, makannnnnnnnnnnn sampai bolat, jalan, jalan, jalannnnnnnnn sampai sakit kaki.

Owh, makan yang paling best adalah lomak cili api ikan kelah. Laki mak bersusah payah pi panjat gunung turun gunung sebab sungainya kat sebelah gunung sampai luka tangan, sakit kaki dan kasi mak rasa ikan kelah sebab mak demand ikan liar (saje nak torture laki sendiri) . Nasib baik dapat. Memang sodap lah ikan ni rupanya. Selalu dengar org cerita je. Agaknye takde sungai yang bukan sebelah gunung ada ikan ni ke? Ntahle.

Rindunya dengan rumah. Rindunya ngn blog. Tapi aku kene unpack barang2 dulu. Benda yang paling aku benci bila pi jalan. Haihhhhhhhhhh.

Ok nak chiow. Sila jangan tunggu entry holiday sebab seperti biasa, nan ado! Ada pernah ko nampak entry begitu kat sini? Entry berfaedah untuk kebaikan bersama memang jangan cari kat blog aku ni.

Lastly, I miss all of you!!



Gambar bonus :P. Tengah pilih tea kat Cameron Highland.




Owh, dalam perut aku memang takde baby ok, cacing kerawit banyak le. Aku memang pakai baju yang kedut-kedut kat depan sebab nak cover perot moncit aku tu. Aku lebih rela org cakap aku ngandung dari moncit haha. Jadinya aku menyamar aku ngandung untuk orang yang tak kenal aku :P. Macam ada orang kisah pun. Tapi seriously, aku tengah menggemok tahap gaban zek potong lapan.

Abaikan jugak beza kaler aku ngan anak aku sebab aku sudah "2 tona lebih gelap" bak kata Fasha Sandha dalam iklan Garnier cuma bezanya dia cakap "cerah". Ni lepas dari melawat segala pantai, waterpark tu suma. Tapi aku memang tak pernah cerah pun seumur hidup aku so tak payah la expect aku any cerah than that. Kalau lagi gelap takpe. Huaaaaaaaaaaaaahahahahhahahahahah.

Ehhhhhhhhh pompuan ni. Kata nak blah tadi.

Ok lah, aku blah skang, zassssssssssssssssssssss.

12 remarks:

CY4.0 said...

pedulik la kau kata kau gelap ke, terbakar rentung ke. Aku nampak beg je :P

MN said...

kah kah kah...gila panjang disclaimer ko wehhhh.

Marisa said...

cantik tudung!

isz_3707 said...

cy:
bag buruk nyah

mn:
sebab taruk pic kene bg explaination panjang lebar nyah haha

marisa:
Ariani twist, pi lah serbu, melambak ngeeeeeeeeeeee

Ms Lola said...

aku ikan kelah pun tak tau rupa mcm mana.

Sayang.Ibu said...

eh ikan kelah tu mmg 1st time aku dengo... wakakakaaaa

isz_3707 said...

ML & intan:
xpe la nyah, aku pun sejak kawin ngn org pahang ni baru tau kewujudan ikan kelah. Tang rupa tu klau ko taruk depan aku ikan tu memang mampos aku xtau jugak tapi yang pastinya bukan ikan kepala telongkop!

CiKaYu said...

mmg cantik tudung awak cik iszan...

isz_3707 said...

cikayu:
mekasih cikayu, sila dapatkan di cawangan Ariani berhampiran anda :P

cheq said...

eiiiii.. kurusnya ko nyah.. si naufal tgh sibuk susun apa tu?

Ibu Aimy said...

hehe lawak la ko iszan.. mcm tu aku pon kena pakai baju pregnen aja laa..hehehhe cadangan yg baik.. wakakaka

isz_3707 said...

cheq:
kurus? ko perli aku kah? dia tgh susun teh heeeee

mas:
klau kat tempat keje xleh mas sbb org tau, klau time holiday xpe. aku siap gosok2 perut ok haaaaahahhahaha