Tak nak!

Tuesday, May 11, 2010

Aku adalah amat geram dengan budak kecik bernama Naufal skang nih. Dia adalah sangat susah nak disuruh makan. Bukan soh masak, soh makan pun payah kebenor.

Dah agak lama anak aku ni say Tak Nak! pada ALL kind of foods. Yup, you heard me right, ALL okeh. Mak sangat sakit jiwaaaaaaaaaaaaa.

Nasi, mee, pasta, kuih-muih cakap jele apapun suma dia tak nak! Makan kat umah ke, kat umah orang ke, kat kedai ke tetapla semua tak nak! Ada kawan ke takde kawan pun tetap tak nak! Apa masalah ko nak?

Aku dah tak reti nak buat apa ok. Sampai kekadang aku terpaksa guna kekerasan yang tak berapa keras like ugut (ugut tuuuu)

"kalau tak nak makan tak bley pi Jusco"

terusssssssss dia jawab

"mamaaaaaa, Fal nak makan"

Ye la kan aku amikkan nasi lauk bagai, pastu dia cakap

"mama, Fal nak makan sendiri"

Aku pun bagi la dia makan sendiri kan. Lepas tu, dia amik nasi sebutir, yer SEBUTIR pastu dia masuk mulut pastu

"eeerrrkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, (konon sendawa kemain panjang) mama, Fal dah kenyang dah"

bley?

Anak..anak..semut pun makan lagi banyak dari ko.

Seriously, aku risau dia tak nak makan walaupun dia minum susu. Aku takut dia lapar tapi bila tanya lapar tak, dia akan jawab "tak laaa, haus jee".

Janganlah kata nak soh hias makanan ke apa sebab anak aku dia macam allergy dengan perkataan 'makan'. Dengar word tu pantas je "tak nak!, tak payah!".

Ada sesapa yang pernah face benda ni? Apa korang buat. Do share with me ok. Mak dah tak reti nak buat apa dengan budak Naufal ni.


10 remarks:

KV said...

anak kv pun tak suka makan. Hat kecik hat besar sama jer. Macam boleh buat kenduri kesyukuran kalo dorang makan. Sampai kena marah kaw2 baru makan. Tatau la cemana. Takleh nak share idea. Huhu

Puteri Mona said...

Anak mak pun sgt memilih bab makan. Kalau dia sebut jek "mamy nk nasik" rasa ala2 miracle + nak buat sujud syukur gtu.mmg bedesup pi buat.Sllnya kalau mcm depa ni mmg kene buat janji pelsu sket, kiranya kalau makan br leh makan ais krim. Pastu bwk dia makan kat kedai or shopping mall. PAs makan br leh main mende alah yg masuk duit tu.nak kn entertain lebey sket. Tp paed dia kt as long berat dia ok even dia byk minom susu jek takde masalah pn sebenanya. kalau underweight tu yg susah sket.

KS said...

hhhm... i pon dulu ada masalah yg sama dengan aiman. tapi dia bukanlah tak makan langsung. cuma agak memilih makan. kalau makan pon sikit aja. beza sgt ngan akmal yg suka makan! pantang nampak heheh..

so ada one time tu kebetulan dia tak sihat. bawak jumpa paed dia. dia ni mmg suka aja jumpa doktor dia tu. so lepas dah check2 sumer i cakap dengan doktor yg dia susah nak makan. so doktor ni pon cakap la dengan dia kena makan bla bla bla.. so lepas2 tu dia makan.

apparently dia mendengar kata doktor sebab dia tahu doktor tu kan well.... doktor. hehe.. dia pon dari kecik dengan doktor tu so dia kira macam adore gila lah doktor tu selalu sihatkan dia kalo sakit haha :P biasalahkan budak2..

u try la pakat2 ngan doktor u ke hehe..

CiKaYu said...

sama kes dgn Danisha, boleh jadi tarzan kt umah, jgn kata ugut, kekerasan yg tak keras pun dah digunakan. payah betul nk suh makan. kalau makan pun setakat 2 suap, then, that is it. kire dah kenyang sangat lah tu. mana tak hangin.

tapi bebaru ni, cuba layan Danisha dengan main permainan dgn dia sambil makan, alhamdulilah menjadi. tapi berjam-jam lah jawabnya, sambil main lego sambil suap....

Mona said...

aduhai.. budak2 ni mmg mcm2 kerenah... yg aku lak susah hati sbb anak kuat mkn... sekali minum susu 2 botol... aku pulak ugut anak aku sekali minum susu sebotol je... nanti tak padan seluar cantik

Anonymous said...

masalah saya lg truk..anak yak makan n susu formula pun tak nak,cume susu badan je..sangat underweight sampai paed marah.paed suggest makan sevenseas(minyak ikan code yg botol oren ) n skrg dah ok...kadang2 sampai dia mintak makan,,...

jua said...

faris dulu camtu nyah. lepas aku buat petua abah aku tak bagi ai..simpan air dulu dan bagi vitamin appeton lysine setiap hari...semua benda dia telan.

i.s.z.a.n said...

kv:
sangat betul, klau dia mintak makan tu rasanya mcm oh indahnya doniaaa

mona:
itulah, nasibla susu nak gak dia minum, klau x lagi mak poning

KS:
naufal dgr nak pi klinik terus "tak payah!"

cikayu:
dulu i wat gak camtu, skangg xjalan dah :(

yak:;
yeke? kene try ni

jua:
anak aku mkn vitamin dah mcm mkn sweet tp mkn nye x jugak nyah uwaaaaaaaaaaaaaa

Mummy Dasy said...

makan ckit, berat naik okey ah tu... Daneen lak badan cekeding jek gitu xnaik2, tp bile makan 3,4 kali sehari.. try bg vitamin+lysine cam jua ckp coz Daneen mle2 camtu ah xnak makan bile dah sebulan bg baru nak makan cam skang

i.s.z.a.n said...

mummydasy:
anak aku dr kecik mkn vitamin nyah, xde plak tbukak selera dia :(