There was an error in this gadget

Say NO to milk?

Friday, June 4, 2010

Masa berbual dengan seseorang tadi, aku mengadu la pasal si Naufal yang LANGSUNG tak nak makan. Aku masakkan untuk dia macam-macam setiap hari tapi he simply said NO without even glancing at the food. Never mind to taste it. Hiasle camne cantik pun. Masak lah sesedap mana pun :(.

Cadangan yang diberi kepada aku adalah

JANGAN BAGI DIA SUSU, NANTI DIA AKAN MAKAN

And i was like errrrrrrrrrr

Banyak kali gak aku dengar pasal teori ni. Even my family pun selalu cakap "bila dia kurang susu kang, banyak lah dia makan". Kurang is quite ok for me but nak kata TAK BOLEH bila anak mintak susu adalah sesuatu yang takkan tergamak untuk aku buat.

Being me yang selalu menyeksa diri dengan berlapar, aku tau sangat apa rasanya. Tapi untuk membiarkan budak berumur 3 tahun rasa apa itu LAPAR hanya kerana nak suruh dia MAKAN, i'm 200% against it, sorry.

Kot pape jadi kat dia sebab lapar tu apa aku nak buat? It's better safe than sorry. Untuk mengambil risiko hanya kerana nak paksa dia makan, mungkin bukan aku orangnya. Aku rasa aku SEKSA dia kalau aku buat macam tu, and who I am? His mother! Tak sanggup mak!

Aku sebenarnya kadang-kadang rasa marah jugak. Sekejap-sekejap anak aku mintak susu. Aku yang buat, papa dia yang beli susu tu tak cakap pape tapi orang lain yang risau. Risau kami tak mampu nak menyusukan dia. Honestly, aku sanggup tukar bags aku dengan susu if thats the only way aku ada untuk penuhi keperluan susu dia. Tapi 1 bag 25 tin yang 1.8kg la haha.

Again, mak sangat tak setuju untuk memaksa anak makan dengan paksa dia kurangkan susu. End of story.

10 remarks:

Ms Lola said...

err.. kalau tak minum susu, mana dia nak dapat zat? Kalau makan mmg tak memilih ( macam anak aku) takpe.

Susu la sumber zat yg paling senang nak kena absorb

isz_3707 said...

ML:
itule, aku xnakle anak aku kurang kalsium cam aku, dah beso br sibuk paksa diri minum susu. aku dr kecik mak aku ckp xnak mnm susu (padan muka sdiri)

KS said...

entah tak reti nak cakap. aiman pon makan tak sebanyak adiknya. tu yg malam2 pon mintak susu walopon dah 6 tahun. akmal tak gitu. makan byk tido malam pon lena.

tapi one thing i perasan, kalo kat rumah babysitter dia malan byk. i punya teori: ramai kawan jadi dia leka masa babysitter bg makan.

so bila kat rumah selalunya i akan bagi dia makan time dia tgk tv. dia khusyuk tgk so dia tak perasan dia makan dengan byk. hehe

Sayang.Ibu said...

haihhh... karut laa tu, sapa yg comes out dgn idea tu? toksah laa nyah, baik ler anak ko byk minum susu... daripada kang dah ler x mkn, minum susu pun disekat.. kesian..

syara said...

salam,sya pon ade problem camtu gak...anak kurang mkn...tanye paed...paed kata bg dia mkn seblom dia minum susu..bkn tak bg minum susu...tp kena make surela kalau kite ajak dia mkn sebelum dia minum susu..and sya slalu pakse anak sya mkn nasi dulu kalau tak, tak bole main,or jenjln...Alhamdulillah skang nie dia mkn nasi...tp kalau ajak dia mkn lepas dia minum susu...kim salam la dia nak mkn...sesuap pon da bersyukur kalo dia nak mkn...

Zety Zin said...

aku pun menghadapi masalah anak takmo makan. makan ikut mood dia je. kalau dia rasa dia nak makan, dia makan le. kalau tak, susu aje lah sepanjang hari.

so aku buat macam KS dan syara. rasa-rasa nak dekat time dia mintak susu, aku suap dia makan sambil dia tengok kartun. masa dia tengah leka tu memang syok je la menyuap dia.

kalau bagi makan lepas dia minum susu, memang dia takkan nak punya lah kan sebab perut dah kenyang.

btw, lain budak lain cara. kalau anak ko happy and sihat dengan cara gitu, ikutkan aje lah nyah. nanti lama-lama selera dia ok lah kot.

isz_3707 said...

ks, syara, zety:
entry pasal naufal xnak mkn ni bukan baru ni, klau korang igt berkali2 dah. dulu mmg aku guna cara suap dia mkn time dia leka tp dulu mmg bkesan, skang tidak lg. kat umah nanny dia pun dia xmkn. klau aku paksa mkn pun dia xnak. klau aku ckp xnak mkn xleh minum susu pun dia tetap xnak mkn, i've done almost everything sampai dah give up. nasi mmg xnak langsung. just like me. klau bwk mkn kat luar tu dia mkn la gak sket. tp as long as weight dia ok aku rasa ok la kot wpun tipu la klau aku ckp aku x risau bila dia xnak mkn.

intan:
aku mmg xsuka dgr ckp org. bukan nk tunjuk pandai cuma aku rasa aku lg paham ank aku dr org lain ;)

noniey said...

aku camni je.. kalau dia tak cakap nak nasi, aku tak paksa dia makan nasi.. yang penting dia minum susu.. so masa dia mintak susu, aku tanya dia dulu, nak nasik tak.. kalau dia kata nak, aku bagi.. kalau dia kata tak nak, nak susu je, aku bagi susu je lah.. aku memang jenis takkan paksa.. budak2 ni susah kan

CiKaYu said...

kes & masalah sama je dgn saya....kalau tak bagi susu, dah lah tak makan, cian kan. nanti kurang zat... at least susu ada vitamin & zat complete dlm susu tu. tapi kalau dia makan, lagi lah bertambah-tambah zat dlm badan. up untill now, saya pun dah abis ikhtiar nak bagi danisha makan...

isz_3707 said...

noniey:
itulah. kdg2 org xfaham. sbenarnya bukan aku xpenah paksa tp da dia xnak, aku takut kang mkn xnak susu xnak lagi le payah

cikayu:
itulah, tengokkan je la. selagi x underweight ok la gaknye kot