Tipu atau cuba selamatkan diri?

Tuesday, June 22, 2010

Kadang-kadang aku give up dengan Naufal tapi sementara je la. Aku mak dia, klau aku give up terus, apa jadi kat dia? Biasala kan perasaan ni. Nak-nak bila kita penat. Anak makin besar makin bijak makin banyak kerenah. Hati nak kena kuat. Silap percaturan dia bawak sikap kita bila dia besar nanti. Aku tak nak tu terjadi tapi kadang-kadang aku hilang arah, hilang punca. Blank terus. Parenting is hell tough job!

Kalau korang, apa korang buat. Anak korang buat salah, contoh Naufal dia pi lambung remote control tv pastu belepuk jatuh ke lantai. Aku ni cepattttttttttttt je menyirap. Bila dah menyirap tu klau tangan tak jalan, mulut keluar perkataan bukan-bukan, pastu menyesal. Tak guna ok perkataan menyesal tu. Takde makna sebab ko menyesal tapi ko tak taubat. Ko taubat tapi tetap ko buat.

Bila aku tanya:

Me : Fal buat apa tu?
Naufal : Takde buat apa-apa mama.

Me: Kenapa Fal buang remote?
Naufal : Takde la, Fal tak buat, remote buat sendiri.

Situasi macam ni biasanya aku gelak tapi bila hati tengah panas lain jadinya. Dia tau, bila dia cakap betul, dia akan kena marah, bila dia tipu pun dia kena marah tapi bila dia kata remote yang buat mesti la dia berharap i buy his story and dia akan selamat. Aku benci penipuan walaupun gurau atau sekecil mana sekalipun. Aku sedar dia tak tau itu adalah menipu tapi aku tak tau nak buat apa. I tried to reason with him, bagitau dia cakap tak betul tu adalah salah and whatnot tapi ntah la. Aku rasa aku tak berjaya yakinkan dia. Sebab dia memang tau, bila dia salah, dia akan terima hukuman.

Ntahla, aku tak reti la nak cakap macamana. Bukan senang membesarkan anak. Aku taknak bila dia besar, dia jadi macam aku sebab pada aku, I'm not a good parent. Tapi aku tengok dia memang cermin diri aku. Cara dia bercakap, akal dia, cara dia berfikir, cara dia menyelesaikan masalah. Yang baik dia inherit dari aku takpe, aku taknak yang tak elok yang dia ikut tapi aku tau semua tu salah aku jugak sebab dia cuma memerhati dan mengikut apa yang berlaku di sekeliling dia dan dunia dia sekarang memang majority hanyalah aku seorang.

5 remarks:

m-i-o said...

don't worry, same situation here. ini memang masalah ibu-ibu sejagat. janji kita ada azam nk jadi ibu yg lebih baik, itupun dh mencukupi.

pernah tak ada masanya, kita rasa kita dh cuba tolerate. cakap lemah-lembut. explain everything dgn bahasa sopan. tp dia nk keras kepala jugak. cth situasi ialah -

"nak pakai baju car (kereta) la"

"baju car takde, basuh"

"yad nak pakai baju car"

"ni, cuba tengok, baju car dlm mesin basuh, basah. belum kering lagi. nanti dh kering mama pakaikan"

"NAK BAJU CAR LAAAAA"

"BASAH LA! CUBA RASA BAJU NI, LEMBAB KAN? TAKLEH PAKAI, NANTI KENA KURAP. PAHAM TAK?????"

"yad nak pakai baju car...."

ada rasa macam nak sepuk tak? mulut dh keluar buih dynamo ni terangkan kat dia kenapa tak boleh pakai baju car. tensen gue!

Along said...

Kes menipu ni pun buat darah aku menyirap jugak. Nak2 la anak2 yang buat cite. Baru2 ni anak aku balik ngan rambut depan dah terpotong pendek. Bila tanya, dia cakap cikgu yang potong. Siasat ngan cikgu, rupanya dia dok main barber's shop ngan kawan dia kat sekolah. Lama jugak la aku dok slow talk kat dia...kenapa takleh tipu...pasal potong lidah semua kluar. Ntah la, it will happen again but I want my kids to know, no matter how big in trouble they get, they can always come to me and talk. Bagitau yang benar...memang kena marah...tapi marah seorang ibu...lama mana la pun kan.

mazzuana said...

Babe, I slalu ckp kat adam kalo bohong esok pg bangun lidah dh kena potong, allah yang potong, setakat ni ok taktik tu.

m-i-o : anak I camtu gak, I bg pakai basah2 tu dia tak selesa terus suruh bukak..

i.s.z.a.n said...

mio:
haha, dulu penahle skang xde dah klau bab baju ni, xtau camne leh hilang, dulu asik nak pakai baju otromen je, klau ckp cuci kene tunjuk dia bj dia yg basah dah masuk mesin basuh baru dia caya. tp tu lah, tenggelam 1 masalah timbul plak yg lain, ginilah selagi dia tak beso, ntah2 bila kita tua sok kita plak camtu, haihhh

along:
mcm cerita masa i kecik je haha. bebudak kan, masalah i adalah camne nak bercakap ngn dia sampai dia faham

mazz:
dah mazz, i dah cakap, dia watdek sebab slalu dia tya Allah mana? bila I ckp Allah kat atas, kita x nampak Allah tp Allah sentiasa tengok kita, dia leh jawab "Tak nampak mestilah tak marahhh: uwaaaaaaaaaaaaaaa

sis said...

Mana ada Fal tipu dia wat lawak tu hahahahhahah fal fal nk pch prt laklong ni tp mama ko mrh le plak heee..