There was an error in this gadget

Dari dapur berkerak Cik i.s.z.a.n

Thursday, July 15, 2010

Lupakan segala lara. Lara camne pun perut tetap kena isi. Kalau tak perut sendiri, perut teman lelaki aku nak dua orang itu tetap juga AKU yang kena isi kan, tak gitu? Dengan ini siapa yang kata being a housewife itu kerja enteng, kau boleh pergi mampos!.

Murtabak maggie untuk lunch. Inti karipap kentang-ayam (sebab takde stok beef) baki semalam. Bukan baki pun, doh kulit karipap tu ada tapi cukupla stok karipap aku, malas dah aku nak menggentel lagi.




Ini adalah Paprik Lola. Menu malas. Eh Lola, aku tak cakap ko masak paprik sebab ko malas eh hee. Malas sebab klau dah masak ni, koser dah nak masak sayur ke atau menu lain. Ini je lah satu-satunya.

Nyah, mak ikut sebijik sebutik apa yg ko bagi kat resepi tu termasuk pakai olive oil cuma mak malas keluarkan ayam so ganti sutun, bley?. Segala mak nenek sos ke cube memang aku ada tp aku tak letak sebab aku nak ikut cam hang punya. Then tang bersiong tu dapat gak le sebab jari mak tercucuk kepala udang sampai berdarah ngaaaaaaaa.

Verdict? Sedap le compared paprik yg aku buat sebelum ni sebab sebelum ni aku taruk tomyum cube tu. Ada blogger mana punya resepi pun mak tak hengat. Masam! Tapi bley makan gak le. Owh, ini bukan untuk budak Naufal sebab cili menimbun gitu mau pengsan anak bujang aku.



Dan ini adalah...

Budak busuk penglipur lara yang selalu jadi punching-bag aku (sila jangan maafkan mama sayang). Budak yang gatal mata sebab dia asik gonyoh je pastu rambut dah panjang ajak pi potong dia tamau.

Tanpamu anak, dah lama mama masuk wad gila agaknya. Inilah anugerah ALLAH paling bermakna dalam hidup aku.

Kena marah macamana pun, pas aku say sorry, aku tanya "Fal marah mama tak?", dia jawab " Tak lah, Fal sayang mama", uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Macamana la tergamak aku naikkan suara kat budak ni.

Ampunkan mama sayang. Ampunkan aku ya ALLAH.




p/s: Thanks all for the wishes, smses, phone calls. Walaupun aku SENTIASA rasa aku tiada kawan, hakikatnya aku ramai kawan walaupun tak pernah bersua muka. You all memang rockstar! Love you lots.

6 remarks:

che'puan Idot said...

iszan, i dah privatized blog.
apa email da?nak invite.

isz_3707 said...

idot:
bukan aritu dah bukak balik ke? ni email i noriszan17@yahoo.com

Ms Lola said...

weh, aku terasa akulah 'blogger itu' sbb aku pernah masak paprik guna guna tomyam cube.

CikChelsea said...

tetiba daku terharu membaca last statement itu kak *lap air mata

p/s: phewit naufal, makin hemsem..kem salam sket ;p

sz | m.s.s said...

tu la anak oh anak...
kaulah madu, racun & penawar...

isz_3707 said...

ml:
errr, ko gak ke?

CikC:
kolah salah sorang dik.
Naufal jwb komsalam ngeeeeee

suzi:
betul tu