Burpppp

Saturday, October 16, 2010

Baru siap makan. Suami beta ntah di mana gerangan. Dia tukar profession arini pi jadi fisherman. Pi laut pulak. So, terputus hubungan. Takut mati kebulur maka aku bedal la dulu. Selalu memang tunggu dia baru makan sekali.

Nasi tomato, dalca tetel, ayam tomato & rojak darat. Jemput makan ;).



Aku kalau binatangnya bukan berasal dari laut dan berkokok (ko cakap ayam je kan senang pompuan) maka aku sedaya upaya akan mengelak utk masak nasi putih. Kalau setakat ayam maka nasi ayam lah. Kalau ada daging mula lah aku meraban masak segala jenis nasi orang kahwin.

Aku memang kureng nasi putih ni. Kali ni dalca tetel adalah tidak menggunakan santan kerana telah terlalu lemak dan sedap sebelum aku masukkan santan. Ini bukan memuji diri sendiri mahupun dugaan tapi ini adalah kenyataan :P.

Sok tolong lah bagi cuti masak. Sendiri apply sendiri approve. Aku nak merasa tangan orang lain plak masak.

Ok, maghrib sudah. En. Slurpee baru sms cakap da selamat mendarat atas darat. Eh, melabuh eh word yg betul?. Lantakle. Harap-harap jangan la dia bawak banyak sangat fish. Aku bukan apa, dah xde space nak sumbat fridge aku tuh.

Naufal dah sibuk nak main ini laptop. Netbook anta servis. Paling cepat 2 minggu baru siap. Maka hari-hari akan berebut dengan dia.

Dah, tata!

7 remarks:

sis said...

eeeeeerrrrrrrrrrrkkkkkkkk kenyangggg

Zaila Mohamad said...

terliurnyeeer hakuuuuuu

i.s.z.a.n said...

sis:
ko makan laptop ke? haha

zaila:
sori yang, sumpah mak xde niat nak terliurkan hang

CiKaYu said...

kecur pula aku tgk nasi minyak ko ni...menduga iman ku!!

i.s.z.a.n said...

cikayu:
nasi tomato yang haha

Anonymous said...

haish...aku bab2 entry posting melahap atau melantak atau yg seangkatan dgnyer ni...mmg kena standby sudu dpn lappy nyah..takut sawan...harus mak pi gigit sudu jap!

i.s.z.a.n said...

madam keji:
lenkali ko geget lappy je terus!